Berlagak, sombong , selesa dalam kelompok sendiri sahaja memang orang tak suka. Bukan kata budak muda, orang tuapun menyampah.
Orang sekarang dah moden. Dah banyak maklumat. Orang kampungpun dah celik internet. Pemimpin UMNO kena merendah diri, humble. Tak payah tunjuk kehebatan kita sebab orang boleh menilai.
Kena sanggup turun ke bawah. Orang muda berkenan cara ini.
Buat macam DS Hishammuddin ni. Dari zaman aku Pemuda dulu, inilah sikapnya. Tak de wayang, tak de berlakon.
Makcik makcikpun berebut nak bergambar. Pada setengah orang benda ni mungkin kecik. Tapi orang politik tahu, menjadi mesra, hemoi adalah wajib.
Tambahan pulak dengan akar umbi yang selama ini berjuang tanpa mintak apa apa.
Detik ini akan menjadi sejarah bagi mereka. Apa salahnya sesekali bagi mereka seronok, buat kenangan, bercakap dengan anak cucu mereka.
Pemimpin UMNO kena begini sekarang . PM kita pun sangat mesra dengan rakyat. Tak kan pemimpin Bahagian, Cawangan tak boleh kot ? UMNO dah sumbang banyak jasa, jangan kerana sikap kita dibenci...
Saya bimbang pemimpin muda. Berlagak, tunjuk sangat kekayaan.
ReplyDeleteBenda macam ini patut dilakukan di semua peringkat. Orang tak mau dah orang sombong bongkak ni.
ReplyDeleteMaaf cakap. Inilah pendekatan DAP masa menawan orang Melayu. Mereka berlakon, UMNO kena ikhlas buat.
ReplyDeleteInilah DS Hishammuddin sejak dulu. Harap beliau tak berubah.
ReplyDeletePolitik alaf baru perlukan pendekatan berbeza. Makin akrab kita dengan orang makin yakin orang dengan kita.
ReplyDeletePernah jadi rungutan pemimpin hanya turun masa nak pilihanraya. Perkara ini perlu diperbaiki.
ReplyDeletePemimpin atasan rasanya takde masalah. Pemimpin yg baru nak jadi pemimpin dan mula perasan kaya itu yg bermasalah sangat dalam umno terutama peringkat cawangan.
ReplyDelete