Korang baca laporan di bawah. Mahfuz ni PAS pun dia tak mampu jaga, nak masuk campur urusan dalaman UMNO. Kalau dia cerdik, dia tak tanya soalan soalan ni. Baik dia tanya apa pasal PAS sampai sekarang jadi kuda DAP..
KUALA LUMPUR 3 Dis - Pas hari ini mengesa UMNO perlu menjelaskan berapa jumlah blogger yang telah diupah untuk mencari sesuap nasi bersama parti itu.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata UMNO turut perlu menjelaskan berapa jumlah blogger yang dianggap bangang ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan pergulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU2014) lalu.
"Kita mahu umno menjelaskan berapa blogger UMNO yang kini mencari makan dengan UMNO. Berapa pembayaran yang telah dibuat oleh UMNO dan berapa jumlah blogger UMNO?
"UMNO perlu juga menjelaskan berapa blogger UMNO yang dianggap bangang? adakah Perdana Menteri dan Datuk Abdul Kadir Jasin dianggap bangang? kita mahu Perdana Menteri minta memberi penjelasan," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Ibu Pejabat PAS, disini, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri mengecam sikap sebilangan blogger pro UMNO yang bertindak menyerang pemimpin parti atas dasar 'friendly fire'.
Beliau bertama berkata, blogger yang menyatakan prinsip menyokong parti UMNO sewajarnya lebih fokus menyerang pemimpin pembangkang jika benar mahu parti teras Barisan Nasional (BN) itu terus kekal sebagai pemerintah kerajaan.
Beliau menegaskan, blogger pro UMNO seharusnya menjadi benteng dalam peperangan dengan parti lawan dan bukan bertindak menyerang sesama sendiri.
"Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang.
"Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,"tegasnya.
tanya dia kempen anti saman ekoq (kase) apa cerita?
ReplyDelete