Tuesday, December 16, 2014

PLKN PERLU JADI ASETLAH !

Aku tetap beranggapan bahawa UMNO/BN mesti berusaha agar PLKN ini memberi pulangan dari sudut undi kepada UMNO/BN. Ini strategi untuk kekalkan kuasa dan kitapun sedar tiada parti lain dapat tadbir negara seperti walaupun di sana sini ada kekurangan.

Dah dekat sejuta, bayangkan jika mereka benar benar diasuh dengan nilai yang baik. Aku yakin mereka tak akan pergi kepada pembangkang. Ini jugak dilakukan di Singapura misalnya. Aku bimbang sangat jika Kerajaan tidak memantau dengan teliti pelaksanaan program, akhirnya puak Pakatan yang ambil peluang.

Jawapan Menteripun pagi tadi di Dewan Negara kemas dan meyakinkan..apa lagi ..ini antara peluang yang kita ada..
Soalan:
Berapa ramai pelatih PLKN yang telah dilahirkan dan apakah cadangan pihak Kementerian untuk masa akan datang.

Jawapan:
1. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diperkenalkan pada 16 Februari 2004. Semenjak penubuhannya seramai 832,712 orang pelatih telah dilahirkan.

2. Bagi memastikan program ini mencapai objektif yang disasarkan serta ianya terus relevan dengan kehendak dan keperluan semasa dan masa hadapan, pihak Kementerian kini sedang melaksanakan kajian semula PLKN dengan konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.

3. Antara transformasi yang dicadangkan adalah menambah baik modul dengan memasukkan elemen kemahiran softskill dan hardskill tanpa menjejaskan matlamat asal program. Jalinan elemen kemahiran dan kenegaraan akan dapat membentuk modal insan yang dapat memenuhi keperluan industri negara dan pada masa yang sama memupuk semangat cintakan negara.

4. Bagi memastikan perkara ini dapat dicapai, pihak Kementerian telah mengadakan “engagement” dengan semua “stakeholder” yang mempunyai kepentingan seperti ibubapa, pemain industri, alumni PLKN, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelajar bagi mendapatkan input dan cadangan daripada mereka untuk membantu pihak Kementerian membuat rumusan terbaik.

5. Transformasi yang bakal dilaksanakan turut meliputi aspek prasarana kem, kemudahan, pengurusan asset, keselesaan pelatih dan pembangunan kerjaya, kemahiran dan kebajikan para jurulatih. Bagi merealisasikan transformasi ini, kerjasama strategik telah dan sedang dijalinkan dengan beberapa Kementerian.

6. Pihak Kementerian akan mengadakan Makmal (Lab) bagi memperhalusi dan seterusnya merumus semua padangan.

Gambar: Jawapan saya sewaktu di Sidang Dewan Negara pada hari ini:

5 comments:

  1. Kita harap DS Hishammuddin melihat dari sudut ini juga bila merancang transformasi.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju pandangan saudara. Masa ada kuasa inilah patutnya kita gunakan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  3. Bagus PLKN. Anak saya berubah selepas hadir program ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Rugilah. UMNO tak pandai ambil peluang.

    ReplyDelete
  5. Anak saya juga pernah menyertai PLKN. Sekurang kurangnya dia tak lagi abaikan solat. Besarlah pada saya benda ni..

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...