Thursday, December 4, 2014

SELEPAS SEMINGGU, DAH MULAKAH PEREMAJAAN UMNO ?

KUALA LUMPUR 29 Nov - Satu pelan strategik perlu disediakan segera bagi menjayakan agenda peremajaan UMNO untuk menarik minat generasi muda

Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, UMNO mesti mempunyai satu pelan strategik dalam memastikan peremajaan parti tidak hanya memberi tumpuan kepada umur atau jawatan.

"Sebagai Naib Presiden saya bersetuju, agenda peremajaan wajib dijadikan agenda utama parti," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di sini hari ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pada Khamis, mengumumkan beberapa langkah peremajaan termasuk membuka pendaftaran keanggotaan secara terus secara online dan mewujudkan generasi pewaris kepimpinan masa depan UMNO atau Jil-UMNO.

Ianya sebagai langkah peremajaan dan kemudahan pendaftaran anggota baharu UMNO adalah sebahagian daripada proses program transformasi parti yang dilaksanakan sejak 2009.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung UMNO 2014 turut menjelaskan, sebelum ini UMNO telah melaksanakan pelbagai perubahan termasuk penghapusan kuota untuk bertanding, penambahan perwakilan automatik ke perhimpunan agung dan penurunan kuasa memilih kepada akar umbi dengan jumlah yang lebih besar.

"UMNO juga telah melaksanakan transformasi dalam penghapusan yuran dan dalam mempermudahkan penyertaan anggota," katanya.

Ulasan
Aku dah cemas sebenarnya. Dari segi angka BN jauh ketinggalan berbanding DAP. Kita masih lagi bercakap tentang apa makna peremajaan parti. Khairy pun masa penggulungan tak bagitaupun apa nak dibuat bagi meremajakan parti yang matlamat akhirnya menangkan parti dalam PRU 14.
Aku rasa DS Hishammuddin dan berjaya buat macam macam transformasi tapi tentulah peremajaan ini patut dikepalai oleh Pemuda dan Puteri..
Masa sangat terbatas. Kalau bertangguh, aku tak rasa UMNO akan selamat...

6 comments:

  1. Belum mula. Aku percaya lambatlah. Budaya umno ni dah tegahntuk baghu nak tergadah

    ReplyDelete
  2. Kalau semua perkara nak harap pimpinan tertinggi, saya fikir ia tak akan menjadi. Cawangan dan bahagian patut mulakan peranan sebab mereka yang rapat dengan akar umbi.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa elok DS Hisham mengetuai usaha ni. Kalau tidak ia akan tergantung begitu saja

    ReplyDelete
  4. Perancangan mesti terperinci. Kalau disebut secara umum selalunya tak menjadi.

    ReplyDelete
  5. Perancangan mesti dibuat. Bahagian dan cawangan serentak berfungsi. Jangan salah menyalah.

    ReplyDelete
  6. UMNO remajapun kalau kalah PRU tak guna jugak. Remaja dan menang

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...