Wednesday, December 10, 2014

DULU SALAHKAN PEMIMPIN, SEBENARNYA...




Masa keputusan PRU 12 dan 13 diumumkan, maka riuh rendahlah kita salahkan pemimpin di atas. Kononnya tak tegas, tak bersungguh dan tak turun ke bawah. Ada pemimpin digambarkan sebagai gagal.

Persidangan Agung UMNO 2014 menyaksikan pemimpin UMNO secara keseluruhannya komited nak lakukan perubahan dan transformasi. Dah berlakupun perubahan. DS Najib pusing 360 darjah dengan umumkan pengekalan Akta Hasutan 1948. Ini kehendak akar umbi UMNO.


DS Hishammuddin memimpin perubahan dalam perbahasan dan usul. Turun bersama pasukannya bertemu pembahas. Keluarkan kenyataan merangsang dan membina. Terangkat orang UMNO.


Tapi bila kita balik kepada fakta asas dalam berpolitik, kita akan balik menyedari hakikat bahawa Cawangan dan Bahagian tidak mainkan peranan berkesan dalam menambah pengundi.


Kita dengar Cawangan dan bahagian tolak keinginan orang muda untuk berjuang bersama dalam UMNO. Maknanya selama ini akar umbipun kaki sembang kencang tapi kerja tak buatpun.


Cukup cukuplah bersembang. UMNO hanya ada tiga tahun sebelum PRU 14. Sekali lagi maaf cakaplah, sembang kencang tak akan menangkan parti...


7 comments:

  1. Aku setuju pendapat Tun M. Umno dah rosak teruk

    ReplyDelete
  2. APA YANG PERLU DILAKUKAN IALAH MENSTRUKTUR APA YANG PERLU DILAKUKAN. AKAR UMBI TAK TAU NAK MULAKAN.

    ReplyDelete
  3. Urusan menambah pengundi adalah dibawah Datuk Shafie Afdal. Memang nampak perlahan.

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni Ketua Bahagian kebanyakannya Ketua Pemuda di zaman Datuk Hisham. Mungkin UMNO boleh serahkan tjawab ini kepada beliau.

    ReplyDelete
  5. Jangan tuding jari. Tak ada apa dapat dicapai. Sama sama buat kerja.

    ReplyDelete
  6. Jika benar mahukan kemenangan, umno perlu minimakan masalah. Fokus keutamaan parti, cari pengundi.

    ReplyDelete
  7. UMNO tunggu dan lihat. Maka tunggulah jadi pembangkang.

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...