Monday, November 10, 2014

CHINA - MALAYSIA...

Kita orang Islam ni mudah. Kita diasuh bahawa di atas segala ujian dan dugaan Allah anugerahi hikmah dan ganjaran. Sabar dan teruskan berusaha serta berserah kepada Allah.

Janji Allah " Selepas kesukaran ada kemudahan, selepas kesempitan ada kelapangan " ( Surah Al Insyirah ).

Aku baca berita ini..di sini...

Kepada aku ini berita besar. China adalah kuasa besar dunia yang sedang menyaingi Amerika Syarikat dalam segala aspek. Dan yang lebih penting, China tidak dibenci dunia kerana sikap membuli mereka seperti yang Amerika lakukan. Urusan dagang sangat besar maknanya kepada Malaysia yang sedang berdepan dengan kesukaran, hakikatnya.

Aku percaya sebahagian daripada faktor hubungan ini ialah cara bagaimana kita menangani MH 370.
Keperihatinan kita, kesungguhan kita diakui dunia. Ini jugak kejayaan Pemangku Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selain PM kita sendiri.



Kesungguhan, keikhlasan DS Hishammuddin nyata berbaloi dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Komitmen luar biasa beliau diakui dunia. Cuma Allah masih menguji kita dengan hakikat bahawa MH 370 masih belum kita temui.

Inilah kebesaran Allah. Aku yakin ucapan penuh bermakna pemimpin tertinggi China ini akan membuka lembaran baru dalam hubungan dua hala Malaysia- China. Mudah mudahan, kita mendapat manfaat daripadanya...


8 comments:

  1. Allah memilih hambaNya untuk diangkat

    ReplyDelete
  2. Ini satu lagi pencapaian Malaysia. Terbaik dan gunakan hubungan ini untuk pulihkan ekonomi Malaysia.

    ReplyDelete
  3. MH 730 telah mengubah penerimaan masyarakat terhadap keupayaan Malaysia dalam menguruskan krisis. Ini baik untuk membangunkan imej negara.

    ReplyDelete
  4. Rezeki Hishamlah. Masa ini dia perform sungguh, dunia akui.

    ReplyDelete
  5. Percubaan DAP untuk menggugat hubungan baik Malaysia - China nampaknya telah gagal

    ReplyDelete
  6. Harga barang mentah seperti sawit dan getah banyak dipengaruhi oleh China sebab pasaran dan kuasa beli yang kuat. Malaysia perlu ambil peluang ini untuk pulihkan ekonomi kita

    ReplyDelete
  7. Setakat ini nampaknya serangan terhadap Datuk Hisham dah tak de. Dulu pasal pemilihan kot?

    ReplyDelete
  8. Paling penting ialah mempunyai jaringan diplomasi yang meluas supaya tidak berlaku pergantungan mutlak kepada satu satu negara.

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...