Monday, November 17, 2014
SEMENTARA ADA NYAWA...
Seminggu saja lagi orang UMNO akan berkampung di PWTC , Kuala Lumpur. Inilah perhimpunan terbesar UMNO dalam setahun dan orang UMNO dari seluruh pelusuk negara akan menghalakan mata ke perhimpunan ini.
Selain ucapan dasar Presiden, orang UMNO menunggu nunggu perbahasan usul yang akan dibawa. Aku nampak kali ini benda ni diberikan perhatian sangat berat kerana pentingnya. Jawatankuasa ussl ini dipimpin oleh DS Hishammuddin Hussein dan turut dianggotai oleh DS Ismail Sabri dan Datuk Rosnah , Ahli MKT.
Ketiga tiga orang ini memang terkenal kaki kerja. Dan terbukti mencapai banyak kejayaan hasil tangan mereka. Aku yakin perbahasan kali ini akan berbeza dengan tahun tahun lalu. Tambahan, 50% daripada usul telahpun dapat respond daripada pihak berkaitan.
Aku harap perwakilan serius benar benar sekali ini. Ini adalah PAU terpenting sebab kita ada dua tahun lagi untuk PRU 14. Dengan pengumuman PM bahawa UMNO seluruhnya tidak bergerak, aku harap PAU ini akan membangkitkan semangat orang UMNO.
UMNO tidak akan menang kerana ramai orang pandai bercakap. UMNO tak akan menang kerana orang UMNO bijak berbahas. UMNO akan menang hanya kerana undi kita melebihi pembangkang.
Harapan aku DS Hishammuddin akan menghalakan perbahasan kali ini ke arah mencapai kemenangan besar dalam PRU 14. Dan aku yakin ini jugak harapan kebanyakan orang Melayu di tanahair kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bersidanglah dengan niat nak kukuhkan parti dan menang plihanraya.
ReplyDeleteKetiga tiga tokoh ni aku memang respek. Kerja kuat, komited. Mereka pemimpin masa hadapan...
ReplyDeleteUMNO KENA TIRU DAP. KERJA DALAM SENYAP.
ReplyDeletePengalaman UMNO dah banyak. Gunakan pengalaman itu unt selamatkan parti. Sikit jer masa yang tinggal
ReplyDeleteSekarang ni nampaknya yang di atas bersungguh yang di bawah senyap sunyi
ReplyDeleteSaya membaca pelbagai saranan pimpinan parti. Saya bimbang umno berada dalam sindrom selesa sedangkan ancaman kian besar. Umno kena berubah dalam erti kata sebenar jika mahu kekal memerintah
ReplyDeleteBagus bro. Kena beringat
ReplyDelete