Monday, November 3, 2014

UMNO BEKU DAN HILANG FOKUS..

Muhasabah Diri, Perbaiki Kelemahan Dan Mantapkan Perjuangan Parti

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Anggota Umno Selangor perlu muhasabah diri bagi memperbaiki kelemahan dalam parti bagi memantapkan perjuangan parti, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Melalui amalan itu, katanya, ruang dan peluang untuk mengatur perancangan rapi bagi meyakinkan rakyat untuk terus menyokong Umno dapat dicapai.
“Saya boleh bantu tetapi anggota Umno Selangor sendiri perlu bekerja keras bagi merealisasikan segala apa yang telah dirancang selama ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Mereka perlu menyakinkan rakyat untuk terus memberi kepercayaan kepada pemimpin serta sokongan padu kepada parti itu, katanya ketika ditanya mengenai perancangan Umno bagi menawan semula negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
Konvensyen sehari itu dirasmikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Ia dihadiri kira-kira 2,000 anggota parti peringkat bahagian, sayap Pemuda,
Wanita dan Puteri negeri, kelab veteran Umno dan Majlis Bekas Wakil Rakyat
Selangor.-MediaUMNO
Ulasan
Aku tak tau samada UMNO mahu mengaku atau tidak tapi hakikatnya UMNO telah berada dalam kerosakan yang serius. Kalau nak cakap pasal perjuangan, aku rasa tak ada benda yang diperjuangkan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dah tegur benda ni. Sangat serius dan perlu perubahan serta merta. Hishammuddin bercakap perkara ini di Selangor tapi aku perhatikan UMNO di mana manapun sama. Beku dan hilang fokus !

Lagi satu UMNO ni balik balik berharap Pakatan bermasalah. Hakikatnya dari dulu sampai sekarang Pakatan bermasalah. UMNO kalah macam itulah jugak.

7 comments:

  1. Di tempat saya di Perak, UMNO macam tak wujud.

    ReplyDelete
  2. UMNO PERCAYA BILA ANWAR KE DALAM, PAKATAN AKAN LEMAH. UMNO SILAP. YANG KITA KENA LAWAN DAP .

    ReplyDelete
  3. Datuk Najib, Datuk Hisham dan pemimpin yang lain perlu kerap turun. Lihat masalah dan bantu.

    ReplyDelete
  4. Suka cara Datuk Hishammuddin merangsang, mendorong dan memberi semangat. Supaya akar umbi rasa dihargai dan difahami.

    ReplyDelete
  5. Transform UMNO mesti menyeluruh. Pemimpin dan ahli. Ibu pejabat UMNO tetutamanya perlu mainkan peranan dengan lebih berkesan. Kalau senarai ahlipun tak boleh nak settle rasanya payahlah nak bercakap soal lerubahan.

    ReplyDelete
  6. Bukan umno selangor je bermasalah. Banyak negeri ada problem. Datuk najib pun kena berani.

    ReplyDelete
  7. Aku setuju. Yang pertama kena berubah Najib. Tak payah fikir nak popular. Fikrkan pembinaan parti.

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...