Friday, November 7, 2014

KALAU ANWAR KE DALAM PUN UMNO KALAH JUGAK !


Aku sebenarnya tak berapa suka nak menulis benda ni. Tapi kalau aku tak tulis dan UMNO jadi pembangkang selepas PRU 14, aku menyesal pulak.

Aku yang berada di akar umbi nampak hakikat bahawa UMNO tidak berbuat apa apa untuk memenangi Pilihanraya Umum 14. Teguran pemimpin tertinggi sebenarnya amat tepat untuk UMNO seluruh negara.

UMNO ghairah tunggu Anwar masuk ke dalam padahal Anwar bukan unsur utama menang kalah UMNO. DAP sebab itu dia maintain. Senyap senyap dia tawan pengundi khasnya Melayu muda. Cina kerat 18pun dah pasti bersama DAP.

Kenyataan terbaru DS Hishammuddin boleh dijadikan asas untuk bergerak. Kita gagal menawan pengundi muda khasnya pengundi pertama kali.

Pemuda UMNO pada aku langsung tak ada fungsi. Khairy Jamaluddin berkesan sebagai Menteri tapi gagal sebagai pemimpin Pemuda. Azwan Harun yang setengah mati bertanding Naib Ketua Pemuda hilang tanpa kesan.

Kita nampak DS Najib dan DS Hishammuddin sendiri turun bertemu orang muda manakala Pemuda kita tak tahu apa dibuat. Puteri nampaknya ada jugak program menawan pengundi.

Kalau nak kata Pemuda menawan pengundi melalui maya, tak nampak pulak gerakan mayanya. Yang aktif menanam persepsi, membina kepercayaan budak budak Pakatan.

Kita ada masa yang sangat terbatas. Kalau begini keadaannya berterusan maka janganlah terkejut jika keputusan PRU 14 lebih teruk daripada PRU 12 dan 13.

8 comments:

  1. Awal lagi bro. Pemuda tengah raikan kemenangan dalam pemilihan lepas!

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni tak usah kira Pemuda, Puteri atau apa. Semua kena bergerak serentak. Tawan pengundi muda.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin kena sporting macam Hisham. Hemoi, bukan bertanjak, berlagak. Rakyat tak suka pemimpin berlagak.

    ReplyDelete
  4. Dari dulu lagi umno nak kerja mudah. Duduk goyang kaki dan orang sokong. Aku percaya sekarang bukan masanya.

    ReplyDelete
  5. Perang saraf Pakatan jauh lebih kuat dari Umno. Umno kalah teruk sebaliknya ada ahli Umno sendiri percaya kepada Pakatan.

    ReplyDelete
  6. Kalau semua orang umno bersatu bekerja, tak ada sebab mengapa kita akan kalah.

    ReplyDelete
  7. Sekarang bukan masa untuk menuding jari. Ini masa menyatukan segala tenaga yang ada untuk cipta kejayaan.

    ReplyDelete
  8. Nampak bersungguh dan fokus lani Hishamuddin gak. Yang lain sengap je pun.

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...