Thursday, May 1, 2014

TAK NAK JIMAK, SIMBAH DENGAN ASID !!

KUANTAN: Seorang tukang cuci melecur muka dan belakang badannya disimbah cuka getah oleh suaminya yang berang apabila keinginannya untuk melakukan hubungan seks ditolak, di Felda Bukit Sagu 2, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi, Zarina Wahab, 40, dipercayai menolak kemahuan suaminya yang juga seorang peneroka berusia 43 tahun kerana hubungan pasangan itu menghadapi masalah dan kini dalam proses perceraian.

Turut cedera dalam kejadian itu ialah anak bongsu mereka berumur tujuh tahun dan kedua-duanya kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata kejadian berlaku selepas pertengkaran mangsa dan suaminya dalam bilik tidur dan akibat berang, lelaki terbabit mengambil sebotol cuka getah yang disimpan di dapur rumah lalu menyimbah isterinya.

Beliau berkata, simbahan itu mengenai muka, leher dan belakang badan mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bandar Indera Mahkota, di sini.

"Dalam kesakitan akibat kulit melecur, mangsa sempat menelefon rakan sekerjanya yang tinggal berhampiran rumahnya dan memberitahu kejadian yang menimpanya lalu membawanya ke hospital,” katanya semalam.

Rakan sekerja Zarina kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) jam 4.30 pagi, manakala suaminya menyerah diri di Balai Polis Panching.

Siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar tindakan nekad lelaki berkenaan menyimbah cuka getah kepada mangsa, namun polis tidak menolak kemungkinan berkaitan masalah rumah tangga dan perselisihan faham.

"Wanita terbabit kini dilaporkan stabil dan masih dirawat tetapi maklumat lengkap tahap serius melecur belum diperoleh," katanya.

Sementara itu, anak ketiga mangsa, Khairil Rohamiza, 17, yang ditemui di rumahnya petang semalam berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi adiknya sedang tidur di ruang tamu rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi bising di dapur rumah.

Sebaik terjaga dari tidur, dia mendapati ibunya sedang mengerang kesakitan dan cuba menolong tetapi dihalang bapanya sambil melibas parang ke arahnya.

"Bapa kemudian terus keluar rumah dan kami mengambil air paip untuk basuh muka dan badan ibu sebelum rakan sekerja ibu yang hanya dikenali sebagai Kak Ani tiba untuk membantu," katanya.

Khairil Rohamiza berkata, ketika kejadian, tiga adiknya berumur 14, lapan dan tujuh tahun turut berada di rumah.

SUMBER - http://sehinggit.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...