Monday, June 30, 2014

HIDUP UMPAMA RODA- VIDEO !





Kadang kadang kita senang. Ada masa kita susah.

Jadi pengajaran kepada kita kisah duka seorang ahli perniagaan yang perniagaannya menemui kegagalan...

Selain OKU, orang gelandangan aku rasa kerajaan juga kena melihat golongan macam lelaki ini. Hulurkan bantuan supaya ia boleh bangkit semula.


Sunday, June 29, 2014

GAMBAR YANG NAIKKAN DARAH KIT SIANG DAN ANWAR IBRAHIM !!

Meraikan Ramadhan. Antara tuntutan Ramadhan ialah menyuburkan silaturrahim. Politik politik jugak tapi persaudaraan Islam wajib dipelihara.


Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menziarahi Presiden PAS, Haji Hadi Awang yang menerima rawatan susulan di IJN. Sumber menyatakan kemungkinan Hj Hadi akan melepaskan semua jawatannya atas sebab kesihatan. Kita doakan kesembuhannya.

Wednesday, June 25, 2014

Tuesday, June 24, 2014

Monday, June 23, 2014

NASIB BAIK ZARA ZYA TAK DE DALAM KERETA !

Kereta pelakon remuk dirempuh

Port Dickson: Kereta milik pelakon utama drama popular ‘Love You Mr Arrogant’, Zara Zya, remuk selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Batu 3, Jalan Pantai di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, sebuah kereta model Honda Prelude dikatakan terbabas sebelum merempuh empat kenderaan yang diletakkan di bahu jalan termasuk kereta model Suzuki Swift milik pelakon wanita itu. Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama rakan-rakan sedang menjamu selera di sebuah gerai tepi pantai di Bagan Pinang di sini. 
Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut sejurus mendengar bunyi dentuman kuat dari arah tempat keretanya diletakkan.
Foto
KERETA Zara remuk dirempuh kereta terbabas.

“Sejurus mendengar dentuman itu, saya dan rakan bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati kereta saya remuk teruk akibat dirempuh. Namun saya bersyukur kerana tidak berada di dalam kereta ketika kejadian.

“Saya tidak menyangka kedatangan ke Port Dickson kali ini untuk bercuti menjadi pengalaman mengejutkan dan esok (semalam) kami akan balik ke Damansara, Kuala Lumpur,” katanya. 

Harian Metro

Friday, June 20, 2014

Thursday, June 19, 2014

KUNCI TEMAN WANITA ELAK CURANG !





Mexico – Seorang lelaki di Mexico telah ditahan selepas memaksa teman wanitanya memakai mangga yang diikat pada seluar jeans wanita terbabit, bagi memastikan dia tidak curang.

Wanita itu yang berusia 25 tahun, dan tidak didedahkan identitinya, telah membuat laporan polis selepas mengalami kesakitan kerana tidak dapat ke tandas selama beberapa jam.

Menurut wanita itu, teman lelakinya yang berusia 40 tahun itu, telah melakukan perbuatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Dia bagaimanapun tidak berani menanggalkan mangga berkenaan, kerana takutkan lelaki tersebut.Susulan laporan itu, polis telah menahan lelaki terbabit.

Namun mereka terkejut kerana wanita itu tidak mahu teman lelakinya didakwa. Lelaki itu hanya ditahan selama sehari dan dia telah dibebaskan selepas menandatangani dokumen untuk tidak mengenakan mangga itu lagi terhadap wanita tersebut.

Dalam pada itu, aktivis wanita, Araceli Gonzalez, telah mengecam polis kerana gagal melindungi golongan wanita.

“Dia menjadi mangsa selama 12 tahun, namun polis dan masyarakat tidak berbuat apa-apa.

“Kes ini dikendalikan tanpa mematuhi peraturan dan tiada siapa pun yang bertindak terhadap keganasan ini,’’ katanya.

Wednesday, June 18, 2014

WEIII !! NAK SELAMAT JANGAN MENGAKU MELAYU WEII !!

Empat belas lelaki yang menyerbu masuk dalam dewan undangan negeri (DUN) Pulau Pinang akan didakwa di mahkamah majistret esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata 14 akan didakwa atas tuduhan menceroboh, di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

"Ia satu kesalahan yang boleh dijamin," kata Mior Faridalatrash ketika ditemui di ibu pejabat polis daerah di Jalan Pattani hari ini.

Empat belas orang tersebut antaranya ahli Umno, menyerbu masuk ke dalam DUN untuk ADUN Seri Delima, RSN Rayer untuk mengucapkan "Umno celaka".

Sementara itu, Rayer juga dijangka yang akan didakwa atas tuduhan menghasut esok kerana mengucapkan kata-kata tersebut.


ULASAN .

LAWAK ! LAWAK ! LAWAK ! CEPATNYA, CEKAPNYA, PANTASNYA !

Monday, June 16, 2014

MH 370 - SELEPAS 100 HARI, HISHAMUDDIN TEMUI PENAWAR LETIH !

Aku rasa tak seorangpun dapat menafikan, dalam 100 hari ini beliau adalah Menteri paling sibuk di Malaysia. Tidak pulang ke rumah, tiada rehat demi memenuhi kewajipan sebagai pemimpin kepada gerakan SAR MH 370.

     Bersama waris
Bersama waris

Bersama waris
Bersama media
Bersama pasukan

Berkongsi kesedihan dan keresahan ahli keluarga penumpang dan krew MH 370. Hishamuddin akui, ini adalah tempoh perjalanan penuh emosi dan amat menginsafkan. Beliau mengharapkan Ramadhan ini akan memberi sinar kepada semua misteri yang belum terjawab. Azamnya, akan teruskan segala usaha dengan segala ikhtiar yang ada...

                                       Bersama penawar...

Saat saat terindah seorang ' atuk ' ialah apabila dapat bersama cucunya...


ARTIS INI KEMBALI MENYENDIRI !

Sesiapa yang di luar sana, yang pernah jatuh hati kepada artis cantik rupawan bernama Neelofa, ayuh ada peluang nampaknya. Beliau umumkan kepada wartawan Harian Metro hubungannya dengan Hans Isaac suda berakhir Februari lalu...segalanya dah tinggal kenangan.

                                                   Tiada jodoh...



                                                           Ayu...

Sunday, June 15, 2014

Friday, June 13, 2014

RELAXLAH, PAKAR BERJALANPUN JATUH !





Mereka dilatih berjalan, tapi sesekali mereka jugak jatuh. Yang malang

 jika jatuh dan tak bangun semula !

INI SEBAB SAMPAI KIAMATPUN UMNO TAK KAN DAPAT SELANGOR !

Main main, tidak serius ! Buat malu parti.

Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata tindakan ketua pembangkang Datuk Shamsudin Lias menarik balik usul berhubung isu hudud menunjukkan bahawa ia hanyalah helah politik.

Yeoh berkata, tindakan Shamsudin yang menarik balik usul berkenaan tanpa sebarang alasan hari ini menunjukkan bahawa ia hanyalah helah politik semata-mata.

"Setiap wakil rakyat mempunyai tangungjawab resam untuk menegakkan integriti dan mengekalkan kesucian sidang DUN dengan tidak memperlakukannya dengan sewenang-wenang dan sembarangan.

"Saya melihat langkah wakil rakyat Umno ini sebagai helah politik yang terang-terangan sekali," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Shamsudin tidak seharusnya membazirkan masa Dewan sekiranya tidak bersedia membahas usul tersebut.

Yeoh seterusnya mengingatkan ADUN agar tidak menyalahgunakan perintah tetap Dewan bagi menimbulkan isu politik.

"Dewan undangan negeri adalah tempat yang betul untuk wakil rakyat bersuara bagi pihak yang diwakili mereka dan mengambil bahagian secara produktif dalam proses perundangan.

"Saya mengingatkan ADUN Sungai Air Tawar dan semua wakil rakyat, dari kerajaan atau pembangkang, agar tidak menyalahguna Perintah Tetap untuk membentang usul bagi dibahaskan," katanya.

Usul untuk bertanya sekiranya hudud akan dilaksanakan di Selangor itu pada asalnya dikemukakan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik.

Usul itu bagaimanapun ditarik balik oleh BN selepas ia diluluskan oleh speaker dewan untuk dibahaskan.

Shamsudin ketika ditanya menjelaskan ia bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul daripada usul berkenaan.
 

Thursday, June 12, 2014

ORANG MAKAN BABI, MEREDAH MACAM BABI JUGAK !





Mungkin salah satu sebab mengapa Islam melarang umatnya makan babi ialah kerana mahu menjaga akhlak dan tingkah laku !

Friday, June 6, 2014

LARI TELANJANG BULAT, TAK DAN HABIS...

Georgetown: Tanpa rasa malu, dua wanita warga asing disyaki sedang melakukan seks dengan pelanggan melarikan diri dalam keadaan telanjang bulat dalam dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Lebuh Chulia, di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 2 pagi itu, wanita berkenaan dikatakan sedang leka melayan pelanggan masing-masing, namun terus berlari keluar dari bilik hotel tanpa sempat mencapai pakaian sebaik mendapat tahu premis berkenaan diserbu.

Tindakan itu turut menyebabkan pelanggan masing-masing kebingungan dan hanya mengetahui premis itu diserbu pihak berkuasa selepas anggota imigresen memperkenalkan diri ketika pemeriksaan dilakukan.
Bagaimanapun, langkah kedua-dua wanita bogel itu terhenti ketika menuruni tangga apabila ditahan dan diarahkan masuk semula ke bilik untuk memakai pakaian masing-masing.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang Basri Othman berkata, serbuan ke atas dua hotel bajet itu dilakukan serentak selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti persundalan ditawarkan wanita warga asing berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menahan enam wanita iaitu dua warga Laos, dua warga Indonesia dan masing-masing seorang dari Vietnam dan Nigeria berusia 20-an hingga 30-an selepas mereka didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar.
Foto
DUA anggota penguat kuasa wanita menggari GRO sebaik ditahan, semalam.
“Lima daripada wanita berkenaan menggunakan pas lawatan sosial manakala wanita warga Nigeria pula didapati menjadikan pas pelajar sebagai lesen untuk masuk ke negara ini dan dia disyaki menyalahgunakan kebenaran diberikan dengan menawarkan perkhidmatan seks.

“Siasatan awal kami tidak menolak mereka ini bergerak sendiri tanpa didalangi mana-mana sindiket,” katanya. Modus operandi digunakan ialah menggunakan susuk tubuh yang seksi bagi memikat pelanggan di sekitar hotel tempat menginap atau restoran berhampiran.
“Jika ada persetujuan, pelanggan akan dibawa ke bilik di hotel bajet berkenaan dipercayai bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM120 hingga RM150 bagi setiap langganan,” katanya.

Basri berkata, berdasarkan keadaan bilik berkenaan, pihaknya percaya wanita terbabit sudah menginap di premis berkenaan sejak beberapa minggu lalu dan akan berpindah ke hotel bajet lain bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

KERANA DIROGOL BANGLA !

Shah Alam: Polis menahan seorang lelaki warganegara Bangladesh dipercayai merogol ibu bayi lelaki yang dicampak seorang lelaki ke dalam gaung di km 3.2 Jalan Genting Highland, Pahang, Sabtu lalu.
Difahamkan, lelaki terbabit yang berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira jam 11 pagi semalam di sekitar Shah Alam lanjutan daripada dakwaan ibu mangsa terbabit yang mengatakan dirinya dirogol lelaki berkenaan. 
"Selain daripada itu, kita juga telah menyelamatkan 11 lagi wanita warga asing di dua lokasi berasingan di USJ 2, Subang Jaya dan juga Kampung Jawa, Klang yang disyaki dieksploitasi suspek utama kes pembunuhan bayi tempoh hari.


"Semua yang diselamatkan diletakkan di bawah perlindungan untuk disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Atip)," katanya.
Hiasan

Wednesday, June 4, 2014

RASA NAK TERGELAKPUN ADA !





Suka buat laporan polis, ada tindakan tak de tindakan dia tak kisah !

HABISLAH !! VIDEO HISHAMUDDIN HUSSEIN PULAK TERSEBAR !!





Tak payah mengata orang.

Tak perlu memfitnah ! Tak payah tanamkan kebencian.

Cakapnya ringkas sangat. Orangpun selesa dengar.

Kehadiran Hishamuddin di Teluk Intan dikatakan memberikan 

kesan besar khasnya kepada pengundi muda dan pengundi di atas pagar.

Keakraban Hishamuddin dan Datuk Mah terutama pergerakan bermotorsikal

memadam tohmahan bahawa Barisan Nasional bermasalah !

Monday, June 2, 2014

DYANA SEBENARNYA BUKAN MELAYU ?

Kekalahan DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan menunjukkan bahawa orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan politik kosmetik parti pembangkang itu, kata pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hanafiah Harun.

Laporan Umno Online semalam memetik Hanafiah sebagai berkata DAP cuba meraih sokongan orang Melayu di Teluk Intan dengan meletakkan Dyana Sofya sebagai calonnya.

Bagaimanapun, katanya, strategi itu memakan diri kerana Melayu hari ini tidak lagi mudah terpengaruh dengan "politik kosmetik" parti itu.

“Ini disebabkan biarpun Dyana berbangsa Melayu, namun ideologi serta pemikiran Dyana itu bukan lagi seperti pemikiran bangsa Melayu," katanya merujuk kepada kritikan Dyana membabitkan keistimewaan orang Melau seperti isu UiTM dan kelantangannya menolak hudud.

“Sebab itu ketika kempen DAP di sekitar Teluk Intan, kita dapati rakyat sendiri meluahkan rasa tidak puas hati dengan parti tersebut, malah ada peristiwa di mana gerombolan DAP dihalau dari berkempen oleh penduduk di sekitar kawasan itu,” tegas  Hanafiah.

Dyana tewaskan kepada calon Gerakan, Datuk Mah Siew Keong , dengan majoriti tipis 238 undi dalam pilihan raya kecil Sabtu lalu.

Dalam analisisnya, DAP mendakwa sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu meningkat sedikit kepada tiga peratus.
Bagaimanapun,  parti itu mengalami kemorosotan sokongan dari kalangan pengundi India dan Cina serta ekoran peratus keluar mengundi yang rendah.

HEBATNYA !! DI KELANTAN, POLISPUN MEROGOL !

KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat sarjan mejar dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam selepas didapati bersalah merogol remaja berusia 14 tahun, lima tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim, Mohd Yusoff Yunos terhadap tertuduh Mahmad Abidin, 57, yang juga bekas ketua balai selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahmad didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun itu di dalam pejabat Ketua Polis Balai Polis Binjai, di sini, pada jam 2.30 petang, 15 Oktober 2009.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) kanun sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof, manakala, tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Sukri Mohamed.

Pada prosiding semalam, Ahmad Salam mohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan ambil kira jenayah yang dilakukan lebih-lebih lagi membabitkan tertuduh yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

“Saya mohon mahkamah mengambil kira kepentingan mangsa dan masyarakat di luar sana. Tertuduh dan masyarakat juga perlu mendapat pengajaran daripada kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Yusoff membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dengan syarat rayuan difailkan pada hari sama.

Jaminan dinaikkan dari RM10,000 kepada RM15,000 dengan seorang penjamin berkuat kuasa sejurus notis rayuan difailkan.

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...