Monday, June 2, 2014

DYANA SEBENARNYA BUKAN MELAYU ?

Kekalahan DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan menunjukkan bahawa orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan politik kosmetik parti pembangkang itu, kata pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hanafiah Harun.

Laporan Umno Online semalam memetik Hanafiah sebagai berkata DAP cuba meraih sokongan orang Melayu di Teluk Intan dengan meletakkan Dyana Sofya sebagai calonnya.

Bagaimanapun, katanya, strategi itu memakan diri kerana Melayu hari ini tidak lagi mudah terpengaruh dengan "politik kosmetik" parti itu.

“Ini disebabkan biarpun Dyana berbangsa Melayu, namun ideologi serta pemikiran Dyana itu bukan lagi seperti pemikiran bangsa Melayu," katanya merujuk kepada kritikan Dyana membabitkan keistimewaan orang Melau seperti isu UiTM dan kelantangannya menolak hudud.

“Sebab itu ketika kempen DAP di sekitar Teluk Intan, kita dapati rakyat sendiri meluahkan rasa tidak puas hati dengan parti tersebut, malah ada peristiwa di mana gerombolan DAP dihalau dari berkempen oleh penduduk di sekitar kawasan itu,” tegas  Hanafiah.

Dyana tewaskan kepada calon Gerakan, Datuk Mah Siew Keong , dengan majoriti tipis 238 undi dalam pilihan raya kecil Sabtu lalu.

Dalam analisisnya, DAP mendakwa sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu meningkat sedikit kepada tiga peratus.
Bagaimanapun,  parti itu mengalami kemorosotan sokongan dari kalangan pengundi India dan Cina serta ekoran peratus keluar mengundi yang rendah.

No comments:

Post a Comment

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...