Sunday, May 4, 2014

HATI HATI PILIH GIRL FRIEND !!

Bunuh kerana tak dapat hadiah

Miata Phelan, 24 dituduh sengaja membunuh teman lelakinya, Larry Martin, 28 pada 30 April lalu.
Hakim Kuriakos Ciesil semalam menjatuhkan ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3 juta) ke atasnya.
Saya harap kamu mati sambil menikamnya.
Anak Martin, Lavelle, 8 melihat kejadian itu, kata pembantu Peguam Negeri, Glen Runk.
Sebelum itu, Miata, Martin, Lavelle dan sepupu Martin berusia 25 tahun pergi ke kompleks membeli-belah, kata Runk.
Miata dilaporkan menuduh Martin bersikap mementingkan diri kerana hanya membeli hadiah untuk sepupunya dan anak mereka tetapi tidak untuknya.
Runk berkata, “Semasa memandu pulang, Miata memukul Martin dan hampir menyebabkan kemalangan.

Menurut laporan akhbar, selepas menghantar beberapa barang ke rumah, Miata menendang dan mencakar Martin.
Miata kemudian memecut kereta milik Martin dengan meninggalkan teman lelakinya itu, Lavelle dan sepupunya di tepi jalan.

“Ketiga- tiga mereka berlari pulang ke apartmen yang dikongsi oleh Martin dan Miata.” Bagaimanapun, Miata mengunci mereka di luar dan menikam Martin dengan pisau setelah membenarkan lelaki itu masuk.
Lavelle dilaporkan menyaksikan kejadian itu.
Sepupu Martin mendengar jeritannya dan berjaya membawanya keluar namun, Martin disahkan meninggal dunia di Hospital Oak Lawn.

Khamis lalu, Lavelle menceritakan detik terakhir bapanya kepada akhbar The Chicago Sun-Times.
“Perkataan terakhirnya kepada saya ialah saya akan mati tetapi saya menyayangi kamu,” katanya.
Ibu Martin, Angela Jenkis pula memberitahu akhbar, anaknya mengajarnya bagaimana untuk mengawal kemarahan.
“Dia mengajar saya bagaimana untuk mengawal kemarahan saya,” katanya Angela.
                                                                    Ganas !!
                                                Mangsa bersama anak lelakinya

No comments:

Post a Comment

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...