Monday, May 5, 2014

PAS NAK DALIH APA LAGI ?

Tun Mahathir Sokong Hudud


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata anggota jawatankuasa teknikal hudud mesti terdiri daripada golongan agama bebas daripada parti politik.

Katanya, perkara itu perlu bagi menyekat pengaruh kepartian sama ada dari parti kerajaan mahupun pembangkang dalam membincangkan undang-undang jenayah Islam itu.

Menurut negarawan itu lagi, sekiranya ia tidak dilakukan maka dikhuatiri salah satu pihak boleh mendapat manfaat daripadanya.

"Perkara penting dalam hal ini adalah jawatankuasa perlu dianggotai golongan agama yang betul yang tidak terlibat dengan mana-mana politik.

"Mereka bertindak mengkaji dan memberikan fatwa.

"(Sekarang ini) mereka sebenarnya memainkan isu parti dan mereka akan bertindak berat sebelah (dalam jawatankuasa)," katanya selepas hadir mengikuti prosiding perbicaraan Kassim Ahmad pagi ini.
Ulasan :
Selama ini Tun Mahathirlah yang jadi alasan PAS untuk tidak laksanakan hudud sebab Tun sangat objektif. Islam itu adil dan hudud mesti buktikan keadilan itu terlaksana. PAS draf hudud yang sesiapapun umumnya nampak ketidakadilannya. Sekarang Tun dah permudahkan...apa lagi PAS mahu ?

3 comments:

  1. Haji Hadi konsisten ' Jangan pertikai keikhlasan pihak yang menyokong hudud'. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Sekarang masa untuk laksanakan bukan berhujah untuk tidak laksana.

    ReplyDelete
  3. Pas akan kata MCA dan Gerakan tak bagi..kah kah kah

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...