Sunday, May 11, 2014

MH 370 TIDAK MENCABUT AKAR LELAKI INI !!


Semua kita tahu telah lebih dua bulan, MH 370 hilang tanpa kesan. Telah lebih dua bulan jugak Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan pasukannya menggemleng segala khudrat yang ada bagi usaha mencari dan menyelamat dan sekarang bertukar kepada mencari punca dan jawapan kehilangan MH 370. Takdirnya, tragedi ini telah meletakkan Hishamuddin dalam kelasnya tersendiri walaupun ada yang cuba menjatuhkannya.

Pengiktirafan, penghargaan rupanya tidak menjadikan Hishamuddin leka dan lupa kepada akar asalnya. Semalam Hishamuddin tampil dengan mesej...

Rapatkan barisan, hindari pertelingkahan dalam parti

KUALA LUMPUR 10 Mei - Ahli-ahli UMNO diseru merapatkan barisan dan menghindari sebarang pertelingkahan yang boleh membawa kerugian kepada parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, tindakan itu penting demi memastikan UMNO terus kukuh bagi menghadapi cabaran dalam perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

“Kita tidak boleh berhenti. Kita mesti melihat ke hadapan. Ahli-ahli UMNO mesti berpandangan jauh melangkaui sempadan pemikiran.
“UMNO mesti berubah. Contoh­nya, seperti mengubah Perlembagaan parti yang membuatkan UMNO lebih inklusif. Ini merupakan satu transformasi dalam UMNO yang menjadikan parti ini lebih terbuka berbanding parti politik lain di negara ini," katanya seperti dipetik daripada laporan UMNO Online hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menambah, pucuk pimpinan dan ahli-ahli UMNO juga perlu melihat kelemahan yang wujud di dalam parti serta memperbaikinya dari semasa ke semasa.
Menurut Hishammuddin, sebagai tunjang Barisan Nasional (BN), UMNO mentadbir negara dalam situasi yang menuntut keyakinan dan tekad yang kuat untuk berjaya.

Katanya, sepanjang 68 tahun UMNO ditubuhkan, pelbagai ujian telah dilalui seperti pilihan raya umum yang getir, perhimpunan pembangkang yang cuba menghuru-harakan negara, tragedi Lahad Datu dan yang terbaru, isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
“Alhamdulillah, setakat ini UMNO berjaya melepasi ujian-ujian tersebut serta mampu untuk terus membawa obor perjuangan demi membela agama, bangsa dan negara," ujarnya.

Seperti yang tersiar dalam Mingguan Malaysia.


Hishamuddin nampaknya tidak pernah lupa betapa beliau bukan hanya seorang pemimpin kerajaan, bahkan beliau adalah pemimpin UMNO dan orang Melayu...

24 comments:

  1. Tok dia pengasas UMNO. Mana dia boleh lupa.

    ReplyDelete
  2. Naib Presiden UMNO. Selepas ini insyaallah Timbalan. Kalau ada izin Allah kemudiannya Presiden UMNO lah. Hishamuddin jaga diri, jaga keluarga. Imej penting untuk jadi pemimpin. Kemampuan dah terbukti

    ReplyDelete
  3. Umno dah banyak pengalaman pahit dan manis. Moga Umno belajar daripadanya

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan Hishamuddin. Akui kelemahan parti dan sama sama berusaha memperbaikinya.

    ReplyDelete
  5. Pesanan yang sangat bermakna daripada waris pengasas UMNO. Kita doakan agar kita semua Allah berikan kekuatan untuk terus berjuang bersama demi agama, bangsa dan tanahair.

    ReplyDelete
  6. Kenyataan yang jelas dan merendah diri. Sama sama cari kelemahan dan perbaiki kelemahan itu

    ReplyDelete
  7. UMNO dapat bertahan kerana pertelingkahan dapat diminimakan. Tapi lepas ni kalau nak bertelingkah, berebut lagi, tunggulah masanya, hancur

    ReplyDelete
  8. Saya bimbang, UMNO nampak lesu. Tepat masa Naib Presiden UMNO ini bagi peringatan.

    ReplyDelete
  9. Saya pernah cadangkan supaya pemimpin UMNO duduk, secara serius melihat apa yang sedang berlaku kepada UMNO. Buat pembetulan. Saya cadangkan juga supaya Datuk Seri Hishamuddin mengetuai gerakan ini.

    ReplyDelete
  10. Umno perlu berubah. Budak muda nampak macam lebih suka pembangkang

    ReplyDelete
  11. Setuju, kita buat pembetulan. Ayuh Datuk Seri kita mulakan.

    ReplyDelete
  12. Harapan orang Melayu sangat tinggi sekarang kepada DS Hishamuddin. Moga DS Hishamuddin tidak mengecewakan.

    ReplyDelete
  13. Yang saya risau ialah bila ada orang umno percaya kita akan menang sebab Pakatan bermasalah. Lalu kita tak buat kerja apa.

    ReplyDelete
  14. Turunlah ke bawah. Bertemu pemimpin di akar umbi. Pembetulan perlu dilakukan sebelum PRU 14. Hakikatnya nasib umat Melayu bergantung kepada usaha ikhtiar UMNO.

    ReplyDelete
  15. Kita tak blh berhenti. Kita mesti lihat ke hadapan. Aku suka kenyataan ini. Optimistik

    ReplyDelete
  16. Memulihkan Umno bukan kerja mudah. Rosaknya dah sampai ke bawah. Ia perlukan seseorang yg cukup sabar dan hemoi dhn org. Saya rasa Datuk Hisham sesuai diberikan tanggungjawab ini.

    ReplyDelete
  17. DS Hisham ni memang keturunan pengasas UMNO... takkan beliau putus asa... insha Allah, UMNO pasti bangkit semula dengan adanya Hishamuddin sbg pemimpin

    ReplyDelete
  18. Hisham kasi bakar sikit semangat orang2 Melayu & pemimpin UMNO

    ReplyDelete
  19. Tulang belakang UMNO ni..bakal hidup kan UMNO semula

    ReplyDelete
  20. Tapi kalau Hishamuddin sorang je yang dok pandang ke hadapan, yang lain masih di tempat yang sama....tak ke mana juga la

    ReplyDelete
  21. Mungkin orang ramai seakan kurang ambil perhatian mengenai MH370 sekarang tapi Hishamuddin tetap meneruskan perjuangan beliau..syabas Datuk Seri

    ReplyDelete
  22. MH370 menguatkan semangat Hishamuddin

    ReplyDelete
  23. Sekarang ni masa untuk Hishamuddin, buatlah apa pun, takkan beliau tunduk

    ReplyDelete
  24. UMNO akan kembali pada zaman kegemilangannya bersama waris pengasasnya2

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...