Wednesday, November 26, 2014

KALAU RAMAI BEGINI, UMNO AKAN BERTAHAN

Berlagak, sombong , selesa dalam kelompok sendiri sahaja memang orang tak suka. Bukan kata budak muda, orang tuapun menyampah.

Orang sekarang dah moden. Dah banyak maklumat. Orang kampungpun dah celik internet. Pemimpin UMNO kena merendah diri, humble. Tak payah tunjuk kehebatan kita sebab orang boleh menilai.


Kena sanggup turun ke bawah. Orang muda berkenan cara ini.


Buat macam DS Hishammuddin ni. Dari zaman aku Pemuda dulu, inilah sikapnya. Tak de wayang, tak de berlakon.
Makcik makcikpun berebut nak bergambar. Pada setengah orang benda ni mungkin kecik. Tapi orang politik tahu, menjadi mesra, hemoi adalah wajib.
Tambahan pulak dengan akar umbi yang selama ini berjuang tanpa mintak apa apa.

Detik ini akan menjadi sejarah bagi mereka. Apa salahnya sesekali bagi mereka seronok, buat kenangan, bercakap dengan anak cucu mereka.

Pemimpin UMNO kena begini sekarang . PM kita pun sangat mesra dengan rakyat. Tak kan pemimpin Bahagian, Cawangan tak boleh kot ? UMNO dah sumbang banyak jasa, jangan kerana sikap kita dibenci...


Friday, November 21, 2014

DIROGOL SEBAB TUMBUK MUKA ORANG !

Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan terpaksa melalui detik hitam apabila dirogol oleh lima lelaki yang dipercayai rakan teman lelakinya sendiri selepas melarikan diri dari pihak polis dalam kejadian di Lombong Buaya, Kampung Sri Aman, Puchong 12 November lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 16 tahun berkenaan dikatakan mengikuti teman lelakinya seorang warganegara Myanmar yang dikenali sebagai Mohd Hisham keluar makan di Kampung Sri Aman.
Sebaik selesai makan, mereka pulang ke rumah dan diekori oleh lima suspek menaiki tiga motosikal sebelum terserempak dengan kereta peronda polis yang cuba menahan mereka untuk membuat pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ketika cuba ditahan, mereka berjaya meloloskan diri daripada ditahan kereta peronda polis dan sampai ke lokasi kejadian.
Menurutnya, ketika ditempat kejadian, mangsa diraba oleh rakan teman lelakinya yang bernama "Pendek" menyebabkan mangsa berang dan bertindak menumbuk muka sehingga hidung suspek berdarah.

"Suspek menjadi marah dan bertindak merogol pengadu secara bergilir-gilir. Teman lelaki mangsa ada melihat kejadian terbabit tetapi tidak berani untuk membantu disebabkan takut kerana suspek ramai.

"Empat suspek berjaya ditahan manakala seorang lagi masih diburu,"katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.


Aku petik artikel ni dalam Harian Metro. Aku tak faham pasal apa budak umur 16 tahun boleh keluar dengan jantan tengah tengah malam. Emak bapaknya ke mana, buat apa?

Lebih malang keluar bergaul dengan warga asing. Aku rasa benda ni patut jadi pengajaran kepada kita. Sporting dengan anak pun kena ada batas. jangan melampau akhirnya makan diri.

Monday, November 17, 2014

SEMENTARA ADA NYAWA...


Seminggu saja lagi orang UMNO akan berkampung di PWTC , Kuala Lumpur. Inilah perhimpunan terbesar UMNO dalam setahun dan orang UMNO dari seluruh pelusuk negara akan menghalakan mata ke perhimpunan ini.


Selain ucapan dasar Presiden, orang UMNO menunggu nunggu perbahasan usul yang akan dibawa. Aku nampak kali ini benda ni diberikan perhatian sangat berat kerana pentingnya. Jawatankuasa ussl ini dipimpin oleh DS Hishammuddin Hussein dan turut dianggotai oleh DS Ismail Sabri dan Datuk Rosnah , Ahli MKT.



Ketiga tiga orang ini memang terkenal kaki kerja. Dan terbukti mencapai banyak kejayaan hasil tangan mereka. Aku yakin perbahasan kali ini akan berbeza dengan tahun tahun lalu. Tambahan, 50% daripada usul telahpun dapat respond daripada pihak berkaitan.


Aku harap perwakilan serius benar benar sekali ini. Ini adalah PAU terpenting sebab kita ada dua tahun lagi untuk PRU 14. Dengan pengumuman PM bahawa UMNO seluruhnya tidak bergerak, aku harap PAU ini akan membangkitkan semangat orang UMNO.

UMNO tidak akan menang kerana ramai orang pandai bercakap. UMNO tak akan menang kerana orang UMNO bijak berbahas. UMNO akan menang hanya kerana undi kita melebihi pembangkang.

Harapan aku DS Hishammuddin akan menghalakan perbahasan kali ini ke arah mencapai kemenangan besar dalam PRU 14. Dan aku yakin ini jugak harapan kebanyakan orang Melayu di tanahair kita.


Monday, November 10, 2014

CHINA - MALAYSIA...

Kita orang Islam ni mudah. Kita diasuh bahawa di atas segala ujian dan dugaan Allah anugerahi hikmah dan ganjaran. Sabar dan teruskan berusaha serta berserah kepada Allah.

Janji Allah " Selepas kesukaran ada kemudahan, selepas kesempitan ada kelapangan " ( Surah Al Insyirah ).

Aku baca berita ini..di sini...

Kepada aku ini berita besar. China adalah kuasa besar dunia yang sedang menyaingi Amerika Syarikat dalam segala aspek. Dan yang lebih penting, China tidak dibenci dunia kerana sikap membuli mereka seperti yang Amerika lakukan. Urusan dagang sangat besar maknanya kepada Malaysia yang sedang berdepan dengan kesukaran, hakikatnya.

Aku percaya sebahagian daripada faktor hubungan ini ialah cara bagaimana kita menangani MH 370.
Keperihatinan kita, kesungguhan kita diakui dunia. Ini jugak kejayaan Pemangku Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selain PM kita sendiri.



Kesungguhan, keikhlasan DS Hishammuddin nyata berbaloi dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Komitmen luar biasa beliau diakui dunia. Cuma Allah masih menguji kita dengan hakikat bahawa MH 370 masih belum kita temui.

Inilah kebesaran Allah. Aku yakin ucapan penuh bermakna pemimpin tertinggi China ini akan membuka lembaran baru dalam hubungan dua hala Malaysia- China. Mudah mudahan, kita mendapat manfaat daripadanya...


Friday, November 7, 2014

KALAU ANWAR KE DALAM PUN UMNO KALAH JUGAK !


Aku sebenarnya tak berapa suka nak menulis benda ni. Tapi kalau aku tak tulis dan UMNO jadi pembangkang selepas PRU 14, aku menyesal pulak.

Aku yang berada di akar umbi nampak hakikat bahawa UMNO tidak berbuat apa apa untuk memenangi Pilihanraya Umum 14. Teguran pemimpin tertinggi sebenarnya amat tepat untuk UMNO seluruh negara.

UMNO ghairah tunggu Anwar masuk ke dalam padahal Anwar bukan unsur utama menang kalah UMNO. DAP sebab itu dia maintain. Senyap senyap dia tawan pengundi khasnya Melayu muda. Cina kerat 18pun dah pasti bersama DAP.

Kenyataan terbaru DS Hishammuddin boleh dijadikan asas untuk bergerak. Kita gagal menawan pengundi muda khasnya pengundi pertama kali.

Pemuda UMNO pada aku langsung tak ada fungsi. Khairy Jamaluddin berkesan sebagai Menteri tapi gagal sebagai pemimpin Pemuda. Azwan Harun yang setengah mati bertanding Naib Ketua Pemuda hilang tanpa kesan.

Kita nampak DS Najib dan DS Hishammuddin sendiri turun bertemu orang muda manakala Pemuda kita tak tahu apa dibuat. Puteri nampaknya ada jugak program menawan pengundi.

Kalau nak kata Pemuda menawan pengundi melalui maya, tak nampak pulak gerakan mayanya. Yang aktif menanam persepsi, membina kepercayaan budak budak Pakatan.

Kita ada masa yang sangat terbatas. Kalau begini keadaannya berterusan maka janganlah terkejut jika keputusan PRU 14 lebih teruk daripada PRU 12 dan 13.

GILA KOREA YANG TAK BOLEH DIIKUT ! BULU !!

Tidak dapat dinafikan bagi sesetengah individu di Korea Selatan, pembedahan plastik mampu mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.
Namun sebuah laporan dari negara tersebut menunjukkan trend kecantikan terbaru yang hangat diperkatakan ialah ‘menanam bulu kemaluan’.
Ya, jika sebelum ini trend menyimpan bulu ketiak sudah membuatkan kita loya, bagaimana pula dengan trend menanam bulu kemaluan yang boleh dikira lebih dasyat ini?
Menurut mereka, amalan membiarkan bulu kemaluan (pubis) sehingga tebal dan lebat dilihat sebagai tanda keseburan dan kesejahteraan seksual.
Dalam sebuah kajian di sana mendapati, perempuan yang mempunyai bulu pubis yang kurang adalah besar kemungkinan menghidapi penyakit ‘pubic atrichosis, iaitu tahap keseburan yang kurang berbanding wanita yang mempunyai bulu pubis yang tebal.
Hanya 10 peratus daripada wanita di Korea menghidapnya yang kebanyakkanya berpunca daripada psikologi dan stress.
Prosedur penambahan bulu pubis ini dilakukan dalam bentuk pembedahan yang berkos £1250 (RM6625) dan mengambil masa selama dua hingga empat jam.
Menurut mereka juga, individu yang melakukan pembedahan penanam bulu pubis tersebut boleh menempah reka bentuk seperti tiga segi, petak, bujur dan paling terkenal sekali bagi kebanyakan mereka ialah bentuk kipas.- mnh

Monday, November 3, 2014

UMNO BEKU DAN HILANG FOKUS..

Muhasabah Diri, Perbaiki Kelemahan Dan Mantapkan Perjuangan Parti

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Anggota Umno Selangor perlu muhasabah diri bagi memperbaiki kelemahan dalam parti bagi memantapkan perjuangan parti, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Melalui amalan itu, katanya, ruang dan peluang untuk mengatur perancangan rapi bagi meyakinkan rakyat untuk terus menyokong Umno dapat dicapai.
“Saya boleh bantu tetapi anggota Umno Selangor sendiri perlu bekerja keras bagi merealisasikan segala apa yang telah dirancang selama ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Mereka perlu menyakinkan rakyat untuk terus memberi kepercayaan kepada pemimpin serta sokongan padu kepada parti itu, katanya ketika ditanya mengenai perancangan Umno bagi menawan semula negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
Konvensyen sehari itu dirasmikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Ia dihadiri kira-kira 2,000 anggota parti peringkat bahagian, sayap Pemuda,
Wanita dan Puteri negeri, kelab veteran Umno dan Majlis Bekas Wakil Rakyat
Selangor.-MediaUMNO
Ulasan
Aku tak tau samada UMNO mahu mengaku atau tidak tapi hakikatnya UMNO telah berada dalam kerosakan yang serius. Kalau nak cakap pasal perjuangan, aku rasa tak ada benda yang diperjuangkan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dah tegur benda ni. Sangat serius dan perlu perubahan serta merta. Hishammuddin bercakap perkara ini di Selangor tapi aku perhatikan UMNO di mana manapun sama. Beku dan hilang fokus !

Lagi satu UMNO ni balik balik berharap Pakatan bermasalah. Hakikatnya dari dulu sampai sekarang Pakatan bermasalah. UMNO kalah macam itulah jugak.

Sunday, November 2, 2014

ANWAR LIWAT SAIFUL, PENDAKWA DAN PEGUAMBELA SEPENDAPAT.

PUTRAJAYA 3 Nov - Mahkamah hari ini diberitahu bahawa terdapat kesan DNA Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pada seluar dalam dan rektum tinggi milik Saiful Bukhari Azlan, kata Ketua Pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah.

Jelas Shafee, DNA Anwar terdapat pada swab peri-anal Saiful 'dari atas ke bawah'.

Kata Shafee, tiada penurunan gred sampel DNA sepertimana yang didakwa pihak peguam bela sepertimana laporan pakar kimia.

"Mereka menggunakan proctoscope dan kemungkinan pencemaran adalah kurang kerana semua peralatan telah disterilkan.

"Para doktor tidak boleh mengatakan berlaku penetrasi. Setelah mereka melihat sampel empat sentimeter ke dalam dubur Saiful, mereka mendapati ada penetrasi," kata Shafee.

Rayuan Anwar untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahunnya kini memasuki hari kelima dengan pihak pendakwaan kini mengemukakan hujah balas terhadap kenyataan peguam bela pada hari pertama dan kedua.

Mengulas lanjut, Shafee berkata Saiful sudah tidak boleh menahan perbuatan seksual Anwar terhadap dirinya.

Ujarnya, tidak rela yang dimaksudkan oleh Saiful sebelum ini adalah tidak tahan diperlakukan oleh perayu berulang kali.

Ulasan

Peguambelapun ( Sejak Karpal ) mengaku bahawa berlaku LIWAT cuma peguambela nak buktikan ia bukan jenayah tapi sukarela.

Manakala pendakwa pula berhujah bahawa Anwar berada pada kedudukan 
' berkuasa penuh ' ke atas Saiful dan Saiful mempunyai ketakutan, kagum melampau ke atas Anwar...

LIWAT ? Berlaku. Dan Anwar adalah peliwat !



BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...