Saturday, January 17, 2015

UTUSAN PUNCA HISHAMMUDDIN DISERANG !

KUALA KRAI  – “Datuk bantu kami, bina semula kehidupan kami”.
Itu antara harapan penduduk Kampung Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru di sini sebaiksahaja melihat kelibat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di kawasan itu.
Malah secara spontan, harapan penduduk tersebut kemudian di­sambut dengan pelukan erat oleh Hishammuddin yang merasai begitu dekat penderitaan terpaksa ditanggung mangsa-mangsa itu selepas hilang segala-galanya.
 Kehadiran Hishammuddin bersama rombongannya hari ini bagi meninjau sendiri kesan kemusnahan banjir di Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.
Beliau yang tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Manek Urai Baru sebelum memulakan tinjauan ke kawasan terbabit kira-kira pukul 2.30 petang itu ditemani Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin: Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub serta pemimpin setempat.
Dalam tinjauan hampir dua jam tersebut, Hishammuddin berkesempatan melihat sendiri ke­san kemusnahan yang amat dahsyat di kawasan terbabit dengan hampir keseluruhan kediaman penduduk sekitarnya musnah.
 Malah, beliau yang kelihatan sebak melihat keadaan itu sempat meluangkan masa membantu penduduk membersihkan kediaman mereka yang dipenuhi lumpur sehingga ke paras lulut.
Dalam masa sama, Hishammuddin tidak lupa memberi kata-kata semangat kepada mereka sambil berkata akan berusaha membantu membina kembali kehidupan mereka yang musnah itu-  Utusan Malaysia.

Memangpun. Komitmen DS Hishammuddin dikatakan amat tinggi sewaktu membantu mangsa banjir sehingga jadi sebutan ramai. Maka kerana itulah barangkali Lim Kit Siang tak senang duduk. lalu keluarlah kenyataan kebudak budakan ini..








Jadi aku rasa tak usah layanlah provokasi Lim Kit Siang. Kerja banyak belum selesai, baiklah tumpu kepada kerja. Abaikan yang tidak penting. Jangan sama sekali jawab, sebab mereka tak nak jawapan, mereka nak menjatuhkan..

8 comments:

  1. Cina DAP ni komunis. Sekurang kurangnya cara dan jiwa mereka.

    ReplyDelete
  2. DAP ni kalau orang berpotensi dia ganyanglah. Matlamat dia nak kan kuasa.

    ReplyDelete
  3. Datuk hishamudin dilihat telah menjalankan tugasnya dengan baik. Apa pasal dap nak sebok. dia patut sama sama bantu.

    ReplyDelete
  4. Aku dan orang lainpun nampak sapa buat kerja sapa kaki sembang. Kita tunggu PRU 14

    ReplyDelete
  5. Insyaallah bila tengok cara kerja Datuk Hisham kita rasa lega sebab kita dah ada pemimpin pelapis. Kita sokong. Tak betul kita tegur.

    ReplyDelete
  6. Politik Malaysia tak sama negara lain. Di Malaysia rakyat tgk pemimpin dari hujung kaki sampai hujung rambut. Nak belakon tak boleh. Pemimpin ikhlas buat kerja akan jadi pilihan rakyat

    ReplyDelete
  7. Macai anwar mana? Dok sembang kencang tapi apapun tak de. Ini masa nak bersama rakyat.

    ReplyDelete
  8. ORANG MELAYU WAJIB SEDAR DAP TAK AKAN HORMAT MELAYU. TUNGGU DAPAT KUASA MELAYU MEREMPATLAH.

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...