KUALA LUMPUR 3 Jan. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memantau perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 secara terperinci.
Beliau turut berharap semua pegawai dan anggota TLDM yang terlibat dalam operasi SAR di Laut Jawa mengutamakan aspek keselamatan.
“Tan Sri (Abdul Aziz), sila pastikan anggota-anggota kita dalam keadaan selamat,” katanya menerusi akaun Twitternya hari ini.
Terdahulu, Abdul Aziz melalui akaun Twitternya memberitahu, keadaan laut di lokasi pencarian bangkai pesawat QZ8501 bergelora dengan ombak setinggi empat meter, kelajuan angin 20 hingga 30 knot dan kebolehlihatan lapan batu nautika.
Apa hebatnya berita nih?
DS Hishammuddin adalah Menteri paling sibuk sekarang. Bekerja 24 jam sehari namun tak terlepas kebajikan dan keselamatan anggota TLDM yang sedang bertugas mewakili negara. Ini baru pemimpin rakyat.
Tak usah bandingkan dengan mana mana pemimpin Pakatan sebab tak ada seorangpun layak . Mereka semua sibuk membuat penilaian, membuat ulasan dan mencari kelemahan. Itu jer kemampuan mereka.

Saya kagum dengan ATM. Sangat menyerlah dan kedepan dalam bencana kali ini. Syabas ATM. Rakyat sangat terhutang budi.
ReplyDeleteHebat DS Hishammuddin. Nampak sangat komited dengan tanggungjawab beliau. Lega melihat pemimpin UMNO bersungguh sungguh membantu rakyat
ReplyDeleteInilah yang sebaik baiknya. Apa juga tugas, utamakan keselamatan.
ReplyDeleteMenteri paling cemerlang 2014. Teruskan kecemerlangan DS
ReplyDeleteATM ada di mana mana. Pemimpin baik, anak buah akan jadi 10 kali lebih baik. Alhamdulillah.
ReplyDeleteKepimpinan melalui teladan.
ReplyDeleteATM telah laksanakan perkhidmatan dengan cemerlang. Begitu juga BOMBA, PDRM dan lain lain. Tahniah.
ReplyDelete