KLANG - Bimbang dengan ugutan kononnya dia akan disantau sekiranya enggan bertemu, seorang gadis terpaksa merelakan diri ‘diratah’ teman lelakinya sehingga mengandung dalam kejadian pada Jun tahun lalu.
Menurut sumber, mangsa, 16, dikatakan mengenali teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu melalui aplikasi WeChat sebelum membuat keputusan untuk bertemu.
Bagaimanapun, keluarga mangsa yang mengesyaki perubahan tubuh mangsa kemudian membuat pemeriksaan di klinik sebelum tembelang gadis itu terbongkar apabila didapati mengandung tujuh bulan.
“Mangsa yang masih bersekolah akhirnya mengaku dirogol di rumah teman lelakinya sekitar Jun tahun lalu ketika bertemu untuk kali kedua selepas bimbang dengan ugutan santau.
“Terkejut dengan pengakuannya, keluarga mangsa membuat laporan polis pada Rabu lalu,” katanya.
Sumber itu berkata, sebaik menerima laporan daripada mangsa, sepasukan polis kemudiannya berjaya mengesan suspek dan menahannya di sekitar daerah ini sehari kemudian. Lelaki berkenaan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Ulasan
Aku rasa aku sesuatu yang tak kena dengan kehidupan umat Melayu sekarang ni. Anak gadis umur 16 tahun boleh bebas jumpa lelaki, kena ugut sampai kena rogol. Kemudiaan dan mengandung 7 bulan baru mak bapak perasan. Peliklah jugak. Keluarga, mak bapak kena lebih cemburulah aku rasa. jangan sporting sangat sampai anak anak jadi rosak.
No comments:
Post a Comment