Thursday, September 11, 2014

KEMURNIAN DIPLOMATIK -

Salah satu hikmah dari musibah. MH370, MH 17 telah membolehkan negara kita menjalin hubungan akrab dan murni dengan pelbagai negara lain. Di sebalik semua ini , dunia mengakui keupayaan pimpinan kita khasnya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam menjalankan misi antarabangsa.

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Pasukan siasatan antarabangsa semakin terdesak untuk masuk ke lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 memandangkan musim sejuk yang tiba tidak lama lagi boleh menyukarkan usaha itu selain menyebabkan kawasan tersebut diliputi salji.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kebimbangan itu merupakan antara yang diperincikan dalam pertemuan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman di Kiev hari ini.

"Dalam mesyuarat yang berjalan dengan kondusif itu, Groysman komited untuk membantu pasukan antarabangsa mendapatkan akses ke lokasi nahas dengan selamat dan kami juga mengenal pasti keperluan mendesak untuk masuk ke situ sebelum musim sejuk bagi mengumpul bukti dan mengambil baki mayat yang masih ada.

"Beliau juga menyokong penuh usaha-usaha yang turut diambil kerajaan Belanda dan Australia selain Malaysia untuk melakukan pencarian, pemulihan dan penyiasatan di kawasan nahas," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.
Yang turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Menteri Pertahanan Ukraine, Valeriy Heletey dan Menteri Luarnya, Pavlo Klimkin.
Menurut Hishammuddin, dalam mesyuarat itu, kerjasama pertahanan turut dicapai dan lantaran itu, kementeriannya akan menghantar Atase Pertahanan ke Ukraine dalam masa terdekat untuk menjayakannya.
Sementara itu, beliau berkata, mesyuarat dengan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) serta Gabungan Kerjasama Pasukan Khas Antarabangsa (CIJTF) turut diadakan kerana semua pihak mempunyai peranan dalam memastikan keselamatan di lokasi nahas MH17 yang merupakan wilayah bergolak dapat dicapai.

Katanya, Ketua Misi Pemantauan Khas OSCE, Ertugul Apakan telah memberikan penerangan kepada delegasi Malaysia mengenai situasi semasa di lokasi nahas dan berjanji akan membantu usaha memasukinya dalam tempoh terdekat.
"OSCE adalah organisasi keselamatan antara kerajaan yang terbesar. Organisasi ini berpangkalan di Eropah dan dianggotai 57 negara. Berhubung tragedi MH17, OSCE telah memainkan peranan penting untuk memastikan semua pihak berkepentingan masuk ke lokasi nahas dengan selamat.

"Dalam mesyuarat bersama CIJTF, kami bersetuju untuk bekerjasama mencari masa dan kawasan paling sesuai yang boleh dijadikan laluan masuk ke lokasi nahas," katanya.





7 comments:

  1. KALAU NAK TAU KAWAN TU IKHLAS ATAU TIDAK DENGAN KITA INILAH MASANYA. MASA SUSAH.

    ReplyDelete
  2. Kita hanya ada masa selama 45 hari sahaja lagi. Ya Allah berikanlah kami petunjuk

    ReplyDelete
  3. Memang sangat mencabar keadaan sekarang tapi banyak yang boleh dipelajari. Ini hikmahnya tapi kena sabarlah..

    ReplyDelete
  4. DS Hishammuddin pemimpin pelapis, dalam situasi sekarang beliau benar benar teruji. Kita percaya di masa depan akan banyak lagi cabaran untuk negara kita. Sekurang kurang kita ada pemimpin yang dapat diletakkan harapan

    ReplyDelete
  5. Sabar dan terus berusaha. Yakin bahawa selepas segala kesukaran akan ada kemudahan . Ini janji Allah

    ReplyDelete
  6. DS H20...You terbaikkkkkk. Orang lain dok sibuk dgn perasmian mesy bahagian you pulak dok sibuk dgn MH17. Alhamdulillah. Benih yg baik jatuh ke laut jadi pulau.

    ReplyDelete
  7. DS H20. You memang terbaikkkk. Orang lain dok sibuk dengan perasmian mesyuarat bahagian2, you pulak dok sibuk dgn MH17. Alhamdulillah. Benih yang baik jatuh ke laut jadi pulau.

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...