Wednesday, August 20, 2014

DI BAHUNYA MH 370 DAN MH 17.

Seperti yang selalu diikrarkan, Kerajaan tidak akan membiarkan kaum keluarga, sahabat handai bahkan rakyat seluruh negara berada dalam keadaan bimbang dan sedih seumur hidup. Walaupun mungkin yang pergi tidak akan kembali namun kerajaan tetap komited untuk mencari jawapan dan tentunya jika boleh mengembalikan mangsa MH 370 ke pangkuan keluarga.
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Kerajaan hari ini memutuskan untuk menghantar delegasi ke Canberra, Australia minggu depan untuk membincangkan fasa seterusnya pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata delegasi diketuai Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai itu juga akan membincangkan isu perkongsian kos antara Australia and Malaysia.
“Justeru, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa Kabinet menghargai dan berterima kasih atas sumbangan Australia dalam usaha mencari MH370,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Hishammuddin berkata delegasi Malaysia juga termasuk Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris dan TimbalanMenteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri selaku Pengerusi Jawatankuasa Penempatan Aset bagi MH370.
“Delegasi akan menghadiri mesyuarat tiga pihak antara Malaysia, Australia dan China, dan juga memeterai Memorandum Persefahaman antara Malaysia dan Australia yang telah diluluskan oleh kerajaan kedua-dua negara,” kata beliau.
Sementara itu, Hishammuddin berkata kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) “KD Mutiara” yang sedang dalam pelayaran untuk menyertai operasi mencari MH370 di Australia menghadapi masalah enjin.
“KD Mutiara sekarang dalam pelayaran ke Jakarta, Indonesia untuk menilai sejauh mana kerosakan dan menjalani pembaikan, kami akan mengikuti rapat perkembangan kerja-kerja pembaikan yang dijalankan,” kata beliau.
Hishammuddin berkata kapal TLDM Bunga Mas 6 yang sejak empat bulan lepas berada di kawasan pencarian sejak pencarian di permukaan laut dijalankan, kini dalam pelayaran balik ke Malaysia selepas menyelesaikan misinya.
Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam usaha mencari MH370 walaupun seluruh negara sekarang tertumpu kepada nahas MH17.
“Ketika negara masih berdukacita dan terkejut dengan tragedi MH17, kami ingin memberi jaminan bahawa ingatan kepada penumpang dan keluarga MH370 tidak pernah luput dalam hati kami,” kata beliau.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, berdasarkan analisis data satelit oleh pakar daripada United Kingdom.
Misi pencarian MH370 masih diteruskan tetapi setakat ini tiada petunjuk ditemui berhubung pesawat itu.

5 comments:

  1. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. Tak terganggu dengan kemelut politik, Hishammuddin terus gigihkan kerja kerja Kerajaan. Tahniah, moga Allah merahmati kita semua

    ReplyDelete
  3. Terbayang kaum keluarga MH 370 berkampung di KLIA. Berkongsi kesedihan dan harapan.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan yang memegang janji

    ReplyDelete
  5. Memang nampak meletihkan tapi ia mengangkat imej Kerajaan. Orang lain patut tolong sama

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...