Sunday, April 27, 2014

LIHAT BAGAIMANA ERATNYA GENGGAMAN TANGAN MEREKA !!

AS SEDIA BANTU RUNGKAI MISTERI PESAWAT MH 370.


Presiden Barack Obama menyatakan kesedian Amerika Syarikat ( AS ) untuk membantu Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan pesawat MH 370.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin berkata jaminan itu diberikan dalam pertemuan ringkas sejurus ketibaannya bagi lawatan rasmi ke negara ini.

" Beliau akui cabaran berliku dalam usaha mencari MH370. Kita akan bekerjasama dan AS sedia membantu ".
" Saya gembira mendengar perkara ini dan mengakui bahawa perjalanannya amat panjang". kata Hishamuddin lagi.

Sebelum ini Obama dilaporkan sebagai berkata bahawa keutamaan AS sekarang ialah membantu Malaysia mencari MH 370 dan bahan bukti telah dikongsi bersama Malaysia dan AS melalui FBI.


Obama berkata  doanya tetap bersama keluarga dan waris MH370 dan beliau mahu mereka tahu, usaha mencari MH 370 adalah keutamaan AS sekarang- Sumber

Apabila Obama membuat keputusan untuk tidak menemui Anwar Ibrahim, tiba tiba kedatangan Obama ke Malaysia dikatakan tidak berfaedah oleh Pakatan. Tetapi dunia mengetahui bahawa AS adalah kuasa besar dunia dan lawatan Obama adalah pengiktirafan kepada Malaysia.

Lebih daripada itu ini adalah bukti bahawa Malaysia adalah negara yang selamat untuk dikunjungi. Adalah dua tiga kerat budak budak Anwar cuba nak berhimpun di Sogo, nak tunjuk protes tapi hakikatnya mereka tak berjaya.


Yang aku respek Datuk Seri Hishamuddin. Tak pernah tergelincir dan tersasar. Sentiasa dalam pemikirannya, mencari MH 370. Aku harap bila Obama bagi jaminan nak tolong, mudah mudahan misteri ini akan benar benar terungkai akhirnya, insyaallah.

Kredit untuk kawan aku Salatus Salatin.


21 comments:

  1. Potret yang amat bermakna. Datuk Hisham menggenggam tangan Obama dan merenung tepat ke matanya. Kita bangsa merdeka.

    ReplyDelete
  2. Satu tangan Obama memegang bahu Hishamuddin. Aku harap kemesraan ini akan membawa kepada situasi win win bagi ke dua dua negara.

    ReplyDelete
  3. Dalam dunia sekarang US yang terkuat. Kalau kita tak boleh lawan kita kawan.

    ReplyDelete
  4. Obama hargai usaha Malaysia mencari dan menyelamat MH 370. Bahkan Amerika akan terus berikan bantuan selagi mana diperlukan.

    ReplyDelete
  5. Pemimpin bertaraf dunia. Dulu dengar US pun gerun. Sekarang tangan Presiden US digenggam

    ReplyDelete
  6. OBAMA BILA JUMPA HISHAMUDDIN PASTI BERTANYA TENTANG MH370 SEBAB DI SELURUH DUNIA, HISHAMUDDIN DIANGGAP MENGEPALAI GERAKAN SAR MH 370

    ReplyDelete
  7. Pakatan cuba menggambarkan kedatangan Obama sebagai satu bentuk penjajahan baru. Hakikatnya Obama mengiktiraf Kerajaan Malaysia khasnya usaha reformasi yang dilakukan.

    ReplyDelete
  8. DS Hishamuddin nampaknya sentiasa berfikir cara untuk mencari jawapan kepada apa yang berlaku terhadap MH 370. Moga Allah memberi petunjuk

    ReplyDelete
  9. Tak kekok langsung Hishamuddin. Siap salam sebelah tangan lagi. Ini tanda ' bebas '...

    ReplyDelete
  10. Bro, aku harap sangat segalanya terjawab. Bukan mudah menghadapi kehilangan org tersayang. Tahniah kepada Hishamuddin dan pasukannya. Gigih berusaha tanpa jemu.

    ReplyDelete
  11. Negara kita bukan lagi negara miskin yang kecil. Kita sedang bergerak ke arah negara maju dan sentiasa diiktiraf seluruh dunia.

    ReplyDelete
  12. Lawatan ini membuka lambaran baru bagi negara kita. Semoga Kerajaan dapat menjadikannya sesuatu yang bermanfaat

    ReplyDelete
  13. Macam macam gelaran diberi kepada Amerika tapi semua negara mahu berbaik dengannya. Inilah pentingnya menjadi negara yang kuat.

    ReplyDelete
  14. Seorang pemimpin salah sebuah negara yang kuat pun iktiraf & memberi sokongan terhadap usaha Malaysia & Hisham dalam menangani masalah MH370 ni...syabas Hishamuddin!

    ReplyDelete
  15. Masa tepat, tindakan betul. Ini dia bakal pemimpin negara, insyaallah.

    ReplyDelete
  16. Zaman melalak di jalanan adalah sejarah. Zaman mahasiswa jerit Baling! Baling! Baling! dah dibuang jauh-jauh. Zaman sekarang orang muda berlumba mencari ilmu, mencari rezeki, mencari kehidupan yang lebih sempurna

    ReplyDelete
  17. Gambar terbaik sepanjang tahun 2014

    ReplyDelete
  18. Gambar yang memberi 1000 makna... hanya mampu tersenyum bangga

    ReplyDelete
  19. Aku tak sabar nak tunggu saat Hishamuddin naik jadi pemimpin Malaysia

    ReplyDelete
  20. Hebat tak hebat la Hisham bawak imej Malaysia sekarang ni.. pemimpin sebuah negara terkuat menyatakan sokongan terhadap kita..

    ReplyDelete
  21. Hishamuddin bakal PM Malaysia

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...