FRIDAY, JANUARY 17, 2014
Poskad Dari Bandung
Suatu hari, Sumarni memberitahu Kasim yang dirinya mengandung ... Kasim yang tidak mahu isterinya tahu, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sumarni balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...
Beliau berjanji akan menanggung segala perbelanjaan untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun... Supaya rahsia mereka berdua tidak bocor, Kasim menyuruh Sumarni supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mi Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti.. Kasim akan menguruskan pengiriman kos perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...
9 bulan selepas itu, ketika Kasim pulang dari kerja, isteri Kasim iaitu Maimunah menegur Kasim dengan muka yang keliru ...
"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Aishah. "Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang.. Nanti abang jelaskan," kata Kasim.. Aishah pun memberi poskad itu kepada Kasim dan melihat Kasim membaca poskad tersebut, lalu muka Kasim bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!
Poskad itu berbunyi ... "Mi Bandung 4…2 ada telur, 2 tiada telur… Tolong hantarkan kuah lebih ya!"
Sumbangan: Amir
2 Comments:
Post a Comment