Wednesday, October 1, 2014

HISHAMMUDDIN TUNJUKKAN TELADAN ..

Kita boleh menilai atau melihat berita ini daripada pelbagai sudut. ia bergantung kepada apa yang ada dalam kepala kita.Aku nampak ini wajah baru politik Malaysia. Pemimpin turun ke lapangan membantu menyelesaikan masalah walaupun bukan dalam bidang mereka atau bukan dalam kawasan mereka.
Ini team atau pasukan Kerajaan UMNO/BN. Ini sangat baik untuk parti dan kerajaan. Daripada sudut yang lain orang akan bertanya kenapa selepas 15 tahun masalah ini tidak selesai?
Ini jugak mesti dikaji dan ditangani. Penyampaian maklumat, penyelarasan antara pegawai dengan kerajaan dan sebagainya. Apapun hakikatnya ini permulaan baik. Aku ucap tahniah kepada Datuk Seri Hishammuddin kerana memberikan contoh yang baik untuk pemimpin pelapis.

KUALA LUMPUR 2 Okt - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan sokongannya terhadap projek pembinaan jalan sendiri oleh penduduk kampung di Pitas, pedalaman Sabah.

“Kia mesti bantu,” katanya menjawab tweet yang diajukan padanya berhubung perkara itu.

Beliau juga berikrar mendapatkan sokongan daripada rakan-rakannya dalam Umno daripada Sabah untuk membantu pembinaan jalan di Kudat itu.

“Saya akan cakap dengan mereka di (mesyuarat) kabinet esok,” kata naib presiden Umno itu di Twitter.

Perkara itu juga diambil maklum oleh setiausaha Umno Sabah dan menteri perumahan Datuk Rahman Dahlan.

“OK, maklum. Mari bincangkan perkara ini esok,” jawab Rahman kepada Hishammuddin.
Setelah 15 tahun menunggu, penduduk Pitas mengambil inisiatif mengeluarkan simpanan sendiri untuk membina sebatang jalan balak sepanjang 7.5 kilometer.

Jalan itu apabila siap akan menghubungkan enam kampung di kawasan itu dengan pekan Pitas.

Mereka sebelum ini mengumpulkan RM5,000 untuk membeli peralatan dan menyewa peralatan pembinaan dan memerlukan kira-kira RM85,000 lagi.

Akhbar The Star Sabtu lalu melaporkan seorang penduduk Maklin Masiau berkata kerajaan negeri Sabah telah berjanji membina jalan melalui kampung tersebut pada tahun 1999.

Penduduk enam kampung itu kini hanya mengharapkan Sungai Bengkoka yang bermasalah untuk dilalui sekiranya paras air naik atau ketika musim hujan.


6 comments:

  1. Sekarang ni tak payah protokol sangat. Ada peluang tolong, tolong je

    ReplyDelete
  2. Ini baru betul. Bila timbul masalah, atasi. Masalah tidak boleh dibiarkan berlarutan dan memberi kesan buruk terhadap Kerajaan dan rakyat terutamanya

    ReplyDelete
  3. Minyak naik..naik minyak !

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya kalau pemimpin kena sensitif. Melihat keperluan rakyat sebagai keutamaan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Sabah tu kita punya modal besar, kena jaga bro...

    ReplyDelete
  6. Bekerja kerana Allah. Allah akan pelihara dan tolong kita

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...