Wednesday, October 22, 2014

USAHA IKHTIAR DAN KEHENDAK ALLAH..



Aku berkenan sangat dengan ketinggian semangatnya. Sejak mula tragedi MH 370, aku rasa tak sedikitpun Datuk Seri Hishammuddin menunjukkan sikap tawar hati atau putus asa.
Bukan aku je. Dunia mengakui kegigihan beliau dan pasukannya. Semangat beliaulah yang melegakan hati dan perasaan kaum keluarga MH 370.

PERTH, Australia: Malaysia optimis dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang dipercayai berakhir di kawasan terpencil di Lautan Hindi, sejak ia hilang pada 8 Mac.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau 99.9 peratus yakin dengan misi mencari berdasarkan penggunaan peralatan paling canggih.
"Saya optimis 99.9 peratus untuk mengesan pesawat hilang ini tetapi lautan amat luas. Ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan laut," katanya semasa melancarkan kapal disewa oleh Malaysia, Go Phoenix dan kenderaan sonar pengesan dalam air canggih dikenali ProSAS di Pelabuhan Freemantle di sini, hari ini.
Antara yang hadir ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas; Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Judith Zielke.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan, namun tiada sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini.
Hishammuddin juga merakamkan penghargaan beliau kepada negara yang terlibat dalam misi mencari itu, khususnya Australia dan China, dan mengulangi komitmen kerajaan Malaysia untuk meneruskan misi mencari itu tanpa had masa spesifik.
Pada majlis itu, Naib Presiden PETRONAS bagi Pengurusan Petroleum Malaysia, Adif Zukifli, berkata PETRONAS menyediakan AS$21 juta (RM67 juta) untuk membiayai kos kapal itu bersama-sama anak kapal dan peralatan pengesan dalam air.
"Pembiayaan itu untuk sewaan alat pengesan bagi tempoh enam bulan sehingga Februari 2015," katanya.
Kapal itu dijangka memulakan misi mencari selama 30 hari dari esok di bahagian selatan Lautan Hindi, kira-kira 3,000 kilometer dari Perth dan Deftech DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd bertindak sebagai vendor yang menyediakan perkhidmatan teknikal bagi kapal itu.
Sementara itu, Zielke berkata beliau akan berlepas ke Kuala Lumpur hari ini bagi mengadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa Malaysia dan pakar-pakar antarabangsa yang terlibat dalam jawatankuasa penyiasatan MH370 bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan penyiasatan pesawat itu.
"Kami akan bincangkan tentang prosedur Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) jika ada kemungkinan pesawat itu ditemui," katanya.
Jailani yang juga pengerusi Jawatankuasa Media MH370, mengingatkan media asing dan tempatan supaya tidak membuat spekulasi tentang kehilangan pesawat itu dan membuat laporan berita berdasarkan maklumat yang telah disahkan.
Mengenai penyiasatan tragedi Penerbangan MH17 terhempas, Hishammuddin berkata Malaysia komited untuk menyelesaikan penyiasatannya dengan segera dan tiada niat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung siapa bertanggungjawab bagi tragedi itu sehingga penyiasatan selesai.
Penerbangan MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, timur Ukraine dekat sempadan Russia pada 17 Julai lalu.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dipercayai ditembak jatuh tetapi sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
- BERNAMA




12 comments:

  1. Semoga Allah tunjukkan jalan penyelesaian. Perkara ni dah berlanjutan lama. Tapi usaha kena terus.

    ReplyDelete
  2. Aku respek Datuk Hisham ni. Gigih dia berusaha. Aku percaya apa yang dilakukan adalah untuk MH370, ahli keluarga dan maruah negara. Semoga usaha ini berjaya.

    ReplyDelete
  3. Memandang ke hadapan mendepani cabaran

    ReplyDelete
  4. Banggalah pulak. Ada label Petronas .

    ReplyDelete
  5. MH370 ini benar benar ujian ALLAH kepada kita. Kita berusaha kita berdoa. Pertolongan ALLAH pasti akan datang..

    ReplyDelete
  6. Saya yakin kita akhirnya akan mendapat jawapan. Matter of time..doa.

    ReplyDelete
  7. Sekurang kurangnya kita tahu tahap cinta negara rakyat kita. Kita juga betapa kotornya hati pemimpin pembangkang..

    ReplyDelete
  8. Kalau kena anak beranak kita kita boleh rasalah. Sekaranh ni kena kat orang lain...

    ReplyDelete
  9. Ini ujian besaq pada Hisham. Aku kenai dia dan aku anggap dia berjaya hadapi semua ni. Cuma hasilnya ALLAH yang tentukan

    ReplyDelete
  10. Peralatan canggih. Teknologi terkini. Segala ikhtiar dah pun dibuat. Kita tunggu takdir Tuhan

    ReplyDelete
  11. Aku doa kita dapat selesaikan perkara imi. Mintak Tuhan tolong

    ReplyDelete
  12. Yakin..MH 370 masih wujud, insyaallah.

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...