Tuesday, October 7, 2014

BERCABANG !

KUALA LUMPUR 7 Okt - Malaysia dan China akan menjalinkan hubungan ketenteraan dan bekerjasama dalam usaha membanteras kegiatan militan di rantau negara ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kepelbagaian bentuk kegiatan militan akan ditumpukan untuk membanteras kegiatan tesebut pada usaha kerjasama itu.
"Kerjasama tanpa sempadan ini akan turut memberi tumpuan dalam mengenal pasti beberapa kawasan 'titik panas' yang menjadi tempat aktiviti kegiatan militan ini," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Ahli Dewan Negara Republik Rakyat China, Yang Jiechi hari ini.
alt
Hishammuddin turut berharap hubungan ketenteraan diantara dua negara itu dapat diperkukuhkan dalam beberapa perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat antara kedua-dua menteri kelak.
Disamping itu, Hishammuddin berkata mesyuarat antara kedua-dua menteri yang akan datang diharap dapat memperkukuhkan dalam beberapa perkara yang akan dibincangkan iaitu hubungan ketenteraan sesama dua negara itu.
"Kita turut fokus kepada beberapa perkara termasuk industri penting kepada kemajuan kedua-dua negara seperti yang sudah dipersetujui ketika lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Beijing sempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan China," ujarnya.
Sebelum ini, pihak polis sudah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan kegiatan kumpulan militan negara Islam (IS) dan bersedia melakukan tangkapan pada bila-bila masa.

Ulasan

Ini strategi bercabang. Dalam masa kita mencegah ancaman pengganas kita jugak menjalin hubungan baik dengan China kuasa yang sedang menjadi pesaing USA. Bukan hanya dari sudut ketenteraan tapi China jugak adalah kuasa ekonomi yang kian dominan.

Aku harap hubungan ini akan membantu menstabilkan kembali harga sawit dan getah kerana kita tahu China adalah negara pengguna yang cukup besar pasarannya.

7 comments:

  1. DAP BERBULU TENGOK KERAJAAN BERBAIK BAIK DENGAN CHINA. DENGKI DIA. DIA HARAP KERAJAAN UMNO NI TERUS LEMAH, SENANG DIA NAK RAMPAS KUASA.

    ReplyDelete
  2. Saya rasa hubungan dengan China ini menjadi akrab selepas MH 370. Inilah yang dikatakan hikmah. Mungkin keupayaan komunikasi DS Hishammuddin antara faktor mempengaruhi hubungan ini.

    ReplyDelete
  3. Dulu ada yg sinis bila cakap pasal pengganas.Bila berlaku peristiwa Lahat Datu barulah kita tahu kesan keganasan ini. Sebab itu saya rasa rakyat menyokong kerajaan dalam usaha mengekang keganasan ini.

    ReplyDelete
  4. Elok berbaik dengan China darilada berkawan dengan Yahudi

    ReplyDelete
  5. Tahniah kpd kerajaan kerana proaktif. Benda ni kalau dibiarkan memang akan merebak. Terlewat maknanya padah kepada negara

    ReplyDelete
  6. Suruh unit amal pas je. Cakap banyak tapi bila nak berjuang tak berani

    ReplyDelete
  7. Ini yang dikatakan perkongsian bijak. Berkawan dengan orang kuat, kita jadi kuat.

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...