Semoga ALLAH permudahkan segala urusan. Diharapkan agar kaum keluarga bersabar menghadapi ujian ini.
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Jenazah warganegara Malaysia yang terlibat dalam insiden tembak jatuh pesawat MH17 di sempadan Rusia-Ukraine akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Koordinasi yang akan ditubuhkan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jawatankuasa tersebut berperanan untuk menyambut jenazah-jenazah yang akan diterbangkan dari Belanda.
"Jawatankuasa Koordinasi ini akan dinaungi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan dianggotai oleh 10 Menteri yang berkenaan.
"Manakala saya selaku Menteri Pertahanan dipertanggungjawabkan mengkoordinasi Jawatnkuasa Koordinasi tersebut," katanya menerusi kenyataan kepada media hari ini.
Jelas Hishammuddin, mesyuarat pertama jawatankuasa itu akan dipengerusikan beliau sendiri esok diikuti dua lagi mesyuarat bersama pegawai kanan kementerian dan agensi berkaitan pada satu masa yang akan ditetapkan kemudian.
"Meyuarat Koordinasi esok akan membincangkan secara terperinci persediaan upacara menyambut dan menerima jenazah tersebut selain taklimat dan penerangan lanjut berkaitan tugas dan tanggungjawab setiap agensi kementerian dan agensi yang terlibat.
"Satu sidang media khas akan diadakan selepas mesyuarat tersebut," katanya lagi.
ALLAH MAHA BESAR. BERILAH KAMI KEKUATAN MENGHADAPI KESEDIHAN INI.
ReplyDeleteBerat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga semuanya berjalan mengikut perancangan
ReplyDeleteBerat tanggunjawab DS Hisham. Ia bukan sekadar jenazah tetapi maruah negara.
ReplyDeleteMH17 adalah lambang betapa keamanan amat penting. Kita perlu pertahankan keamanan yang ada.
ReplyDelete10 Kementerian, 10 Menteri. Tahniah DS diberi kepercayaan memikul tanggungjawab besar ini
ReplyDeleteMoga Allah memelihara kita semua daripada segala mara bahaya.
ReplyDeletePengalaman mengendalikan MH 370 diharap dapat membantu Datuk Hishamuddin dalam misi terbaru ini.
ReplyDeleteKrisis demi krisis yang melanda diharap dapat mematangkan pemimpin kita dan kita juga sebagai hamba Allah
ReplyDeleteKita doalah supaya musibah tak melanda kiga lagi
ReplyDeletePengiktirafan yang diterima diharap tidak melekakan Datuk Seri Hishamuddin
ReplyDeleteAgar Allah permudahkan segala urusan.
ReplyDeleteAku anggap Hisham ni macam berlian..terbenam dalam manapun tetap bernilai
ReplyDelete