Monday, August 11, 2014

DAP DAN PKR PERLEKEH TUANKU SULTAN SELANGOR !

KUALA LUMPUR: PKR dan DAP mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim memberi maklumat palsu kepada Sultan Selangor berkaitan sokongan daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam kenyataan bersama berkata:

"UMNO menyatakan secara terbuka bahawa 12 ADUN UMNO menyokong Khalid seperti yang didakwa oleh Menteri Besar itu.

"Jika 12 ADUN UMNO tidak menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada Tuanku Sultan Selangor."

Selain itu, PKR dan DAP mendesak supaya Khalid membuktikan kepada rakyat beliau mendapat sokongan majoriti seperti yang didakwa.

"Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari ADUN PAS dan UMNO," kata mereka.

Mereka berkata, PKR dan DAP mengambil maklum kenyataan Khalid selepas menghadap Sultan Selangor pagi ini bahawa beliau akan kekal menjadi Menteri Besar kerana mempunyai sokongan majoriti daripada kalangan ADUN Selangor. Menurut mereka, PKR dan DAP telah menyatakan secara terbuka bahawa Khalid tidak lagi mendapat sokongan kedua-dua parti ini sebagai Menteri Besar Selangor dan ini bermakna Khalid sudah hilang kepercayaan 28 ADUN iaitu separuh daripada jumlah ADUN di Selangor.

"PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada Khalid sebagai Menteri Besar dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini.

"Oleh yang demikian, kenyataan Khalid kepada pihak Istana bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri itu adalah meragukan.

"Dengan penolakan terbuka PKR dan DAP, itu juga bermakna Khalid hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan daripada 12 ADUN UMNO," kata mereka.

Sementara itu, PKR dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan Pakatan Rakyat terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Ulasan 

Jika benar mereka mengeluarkan kenyataan ini, maknanya mereka cuba menggambarkan bahawa Duli Tuanku boleh ditipu. Mereka juga cuba memberitahu khalayak bahawa Duli Tuanku jenis orang yang tidak berhati hati dalam mengambil tindakan.
Aku mintak supaya pihak berkuasa meneliti perkara ini, m,elakukan siasatan dan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan 1948.

No comments:

Post a Comment

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...