Isteri lari tak tahan dipukul suami
Kuala Terengganu: Tidak sanggup menjadi mangsa belasahan suaminya selain kerap diugut, seorang wanita nekad melarikan diri dari rumah bagi mendapatkan bantuan dalam kejadian di Kampung Wakaf Beruas, Ahad lalu.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.20 petang ketika mangsa berusia 28 tahun menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa sebelum berlaku perselisihan faham antara dia dan suaminya.
Katanya, dalam pertengkaran itu, suspek berusia 28 tahun yang gagal mengawal kemarahannya memukul muka mangsa.
“Kemarahan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek bertindak memukul belakang badan mangsa menggunakan kayu menyebabkan wanita itu sakit di seluruh badan.
“Melihat keadaan suspek yang semakin agresif, mangsa segera keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan bagi melarikan diri.
“Pada masa sama, mangsa menahan sebuah kereta yang kebetulan melalui kawasan rumahnya dan meminta pemandu terbabit menghantarnya ke balai polis berhampiran,” katanya.
Sumber berkata, mangsa mendakwa suaminya kerap memukul dan mengugutnya sebelum ini jika berlaku pertengkaran antara mereka walaupun ia membabitkan hal kecil.
Katanya, mangsa yang bimbang keselamatan diri dan anak-anaknya mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan suspek direman tiga hari sehingga hari ini untuk siasatan lanjut.- Sumber
No comments:
Post a Comment