Wednesday, July 9, 2014

18 SX -TENSION DAPAT TAHU GIRL FRIEND TERLANJUR DENGAN LELAKI LAIN !



Saya mempunyai kekasih yang amat dicintai dan ingin dikahwini. Kekasih saya pernah terlanjur dengan bekas teman lelakinya.

Ini memberikan tekanan dan konflik besar dalam hidup saya.


Perkara ini menyeksakan kerana saya sentiasa teri­ngat kekasih pernah terlanjur pada masa lalu.


Perasaan tidak tenteram tetap membelenggu hati apabila teringat kisah kekasih dengan bekas teman lelakinya.


Ada kalanya saya merasakan diri lemah untuk menghadapi hari yang mendatang.


Dilema saya juga bertambah apabila seorang gadis di tempat kerja sering berusaha menjadikan saya kekasih­nya.


Walaupun tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap gadis ini, perhatiannya terhadap saya sedikit sebanyak menjadikan saya ingin mengenalinya dengan lebih dekat.



DALAM DILEMA,

Pahang

Cinta adik ibarat menyunting sekuntum mawar merah. Ada waktu, mencium harum mawar itu tetapi kadangkala terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Perasaan cinta adik terhadap kekasih ibarat me­nyunting bunga mawar tadi. Ia diselangi dengan perasaan curiga.


Dr percaya cinta akan menjadi lebih utuh kepada mereka yang mempunyai keberanian untuk membangunkan kembali kepercayaan. Cinta menjadi sukar kerana sering tersemat rasa curiga dan tidak mahu memaafkan.

Perasaan yang tidak selesa terhadap perbuatan lepas kekasih akan banyak menyukarkan hubungan cinta adik berdua. Begitu juga, ia menimbulkan keraguan yang jika tidak dibendung, menghasilkan retak dan akhirnya belah dalam cinta adik dengan kekasih.

Jika adik merasakan setiap insan adalah kisah lampaunya, ini akan memudahkan penerimaan adik terhadap kekasih. Perasaan adik terhadap dirinya penting dalam menentukan arah tuju perhubungan anda berdua.

Jika adik masih terbayang-bayang perbuatan silam kekasih sehingga membelenggu perasaan, melepaskan kekasih adalah satu cara untuk me­ngurangkan tekanan.

Mengenai kehadiran gadis yang banyak memberi perhatian terhadap adik, tanyalah diri sama ada benar-benar ingin mengenalinya atau ia ha­nya satu mekanisme bela diri untuk melepaskan rasa curiga terhadap kekasih.

Masa depan berada di tangan adik. Dr tahu, untuk adik membuat satu keputusan bukan perkara yang mudah. Oleh itu, adik perlukan ruang masa dan kebijaksanaan untuk mengambil satu keputusan yang akan memberi kebaikan kepada adik dan kekasih.

Sememangnya, dalam kehidupan ini, apa saja keputusan yang diambil akan ada risikonya. Bertanggungjawablah di atas segala keputusan yang adik ambil itu. Dr doakan adik dapat mengambil satu keputusan yang baik.


Kaunseling Remaja Harian Metro


                                                              Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...