Saturday, July 26, 2014

INI SEBENARNYA HATI PERUT RAFIZI !!

Tiada apa yang diperjuangkan sebenarnya, melainkan mengisi kepuasan peribadi dan melihat apa saja yang  beraitan dengan UMNO menghuyub.

Hang sapa bro? Segala yang hang rancang, segala yang hang buat akhirnya kembali menghempap muka hang ! Macam budak budak...

Hafarizam panik hilang Kidex jika Azizah jadi MB'

0

Kenyataan peguam Umno Datuk Hafarizam Harun bahawa perempuan tidak sesuai menjadi menteri besar menunjukkan beliau “panik” berhubung kemungkinan hilang projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), dakwa Rafizi Ramli.

“Saya rasa beliau boleh ucap selamat tinggal pada projek RM2 bilion Kidex jika Wan Azizah mengambil alih kuasa,” kata Rafizi kepadaMalaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Hafarizam merupakan pengarah dalam Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Construction Sdn Bhd, pemilik saham dalam konsesi lebih raya Kidex Sdn Bhd.

Rafizi berkata, Wan Azizah kelihatan tidak berminta dengan Kidex ekoran dakwaan kurangnya rundingan awam dalam perkara itu.

Wan Azizah dispekulasikan sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim jika menteri besar Selangor itu ditukar oleh Pakatan Rakyat.

Hafarizam: Tak relevan

Sementara itu, Hafarizam berkata, Rafizi tidak nampak gambaran besar kerana melihat perkara yang remeh-temeh.

Hafarizam juga berkata, ulasannya yang disiarkan New Straits Times (NST) hari ini adalah tafsiran undang-undang dan Kidex sementara Kidex pula sebuah projek komersial.

“Ia (kenyataan Rafizi) sama sekali tidak relevan, tidak berkaitan dan menyimpang,” katanya kepada Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...