Sunday, March 2, 2014
TENTERA SERANG PENDUDUK !
Korang nak apa lagi ? Ada Nik Aziz pikir benda ni? 20 tahun orang Kelantan minum air tanah. Anwar tak pikir benda lain selain pelepas air dia. Komunis DAP ? Pi mampuslah orang tak minum ke tak mandi ke.
Komunis memang tak mandipun.
Ini baru betul. Tak payah cakap berdegar degar bagi orang syok,geli tapak kaki kemudian senyap. Menteri ini sekarang ni aku nampak sentiasa berada di mana rakyat susah, walaupun yang susah tu satu masa menjilat Pakatan. Dia tak kisah, susah rakyat susah dia !
Tiga Kementerian Bergabung Bantu Atasi Krisis Air.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengumumkan tiga kementerian akan bergabung bersatu tenaga membantu menyelesaikan masalah bekalan air di tempat tempat berlaku krisis air.
Kementerian Pertahanan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Setiap Kementerian akan menggerakkan anggota dan aset masing masing ke kawasan terlibat.
ATM akan hantar 9 trak water browser yang setiap satu memuatkan 10 ribu liter air. Sebelum diagih, Syabas akan periksa kualiti air tu dulu.
Persatuan Syarikat Konsesi akan menghantar enam trak yang setiap satu boleh isi 5 ribu liter air.
Woii !! Korang baca kat bawah nih !
Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan akan menggerakkan Briged Sukarelawan Khidmat Negara ke tempat krisis berlaku. Kata Hishamuddin " Mereka akan membantu mengangkut air untuk warga emas, wanita atau sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan ".
Ko dengar tak Mat Sabu. Hishamuddin ajak budak muda bantu orang, ko ajak budak muda berdemo sebab ko gila kuasa.
Minggu lalu ATM menggemparkan penduduk di sekitar Balakong, Pandan apabila mereka menghantar bekalan air ke kawasan tersebut dan beberapa kawasan berhampiran.
Sesuatu yang menarik sangat bila askar bantu rakyat. Aku nampak ini antara kejayaan Hishamuddin yang tidak diwar warkan. Memasyarakatkan Angkatan Tentera.
Ini baru pemimpin, bila timbul krisis segera diatasi. Gerakkan seluruh tenaga yang ada. Aku harap rakyat khasnya dapat lihat benda ini walaupun Hishamuddin tak sepatahpun bercakap dari sudut untung rugi politiknya. Tabeklah !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah. Kita sedang bergerak atas landasan yang betul. Teruskan, jangan termakan mainan pembangkang.
ReplyDeleteHah hah hah Mana pembangkang ni? Main air kot ?
ReplyDeleteDatuk Hishamuddin dah berubah. Kurang bercakap tapi kuat kerja. Ini dia harapan UMNO. Jangan riuh rendah tapi kosong.
ReplyDeleteBergabung tenaga mengatasi masalah. Pembangkang pulak bergabung tenaga cipta masalah. Itupun orang Selangor tak sedar
ReplyDeleteMasalah air ini sangat asas. Susahlah kami kalau benda inipun jadi bahan politik. Yang ada anak kecil sebenarnya dah menderita kerana masalah ini.
ReplyDeleteElok juga libatkan ATM dalam aktiviti masyarakat. Biar celik mata DAP. Depa yang anti ATM sangat
ReplyDeletePRU 14 lagi 4 tahun. Sekejap sahaja masa berjalan. Aku berkenan sangat dengan usaha yang dibuat oleh Hishamuddin ni. Secara tidak langsung imej kerajaan dapat ditingkatkan.
ReplyDeletePemimpin pelapis
ReplyDeleteNampaknya sekarang pembangkang dah tak banyak isu untuk dimainkan. Jadi aku sokong sangat jika Hishamuddin dan rakan rakannya teruskan bekerja untuk rakyat. Akhirnya nanti rakyat akan membuat pilihan
ReplyDeleteSemua telah Kerajaan lakukan tapi tetap tidak dihargai. Ini adalah disebabkan permainan persepsi pembangkang.Kerajaan wajib jawab persepsi ini. Bukan sekadar bertahan tapi ikut menyerang.
ReplyDelete