Friday, March 7, 2014

SAKA ??


Aku dah peghatikan benda ni lama dah. Tapi setakat ini tiada apa apa tindakan diambil. Ranting yang dicipta oleh PAS untuk menarik orang Melayu menyokong mereka. Darussyifa' atau pusat rawatan Islam.

Hampir di setiap daerah ada pusat ini. Kemudian direkrutlah orang orang ' terpilih' jadi perawatnya. Aku tengok mula mula rawatan, kemudian usrah akhirnya ke markas, ceramah.

Yang aku bimbang , semua sakit ( semua ! ) kerana saka. Maka dirawatlah dengan ayat ayat tertentu. Isunya ialah bila dah tak mahu sembuh, dibawa ke hospital. Timbul persoalan, tak kan ayat Quran tak mampu kalahkan saka.

Satu lagi masalah aku tengok. Katakanlah ' anak ' menjaga ibunya yang tua dan sakit. Biasalah orang tua, kadang kadang lupa dan ada yang nyanyuk. Bawak pergi Darussyifa', apa kata ustaz?

Oooo..emak anta ada gangguan saka ! Maka cubalah dirawat. Tua dan nyanyuk mana ada ubat, penawar. Keadaan tak berubah. Ustaz kata sakanya sangat kuat dan jahat.

Apa jadi ? Anak yang dahulu menjaga ibunya dengan kasih sayang sedikit sebanyak rasa terkilan, kecewa. Tetanya da;am hati, buat apalah emak aku berdamping dengan saka ?

Kasih yang subur menjadi pudar. Kadang kala anak menjadi keras terhadap ibu kononnya untuk membuatkan saka tadi takut. Ibu yang tua tak upaya nak membela diri sampailah akhir hayat.

Korang bayangkan, syurga yang Allah letakkan depan mata anak tadi bertukar jadi neraka bila dia mula bersangka buruk dengan ibunya sendiri.

Semuanya kerana ada orang percaya pada Darussyifa' yang ustaz ustaz ni bila sakit semua pakat pergi klinik atau hospital...

Aku nak mintaklah, pihak berwajib, Jabatan Agama ke pantau benda ini. Aku nampak orang Melayu dah undur ke belakang. Dulu dipanggil bomoh sekarang digelar ustaz.

Kalau dibiarkan aku bimbang akhirnya orang Melayu tak payah susah susah belajar untuk jadi doktor sebab sebenarnya amat mudah nak dapat gelaran ustaz dan pakar rawatan Islam//pergi jer ke Darussyifa'...


No comments:

Post a Comment

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...