Wednesday, October 29, 2014

PENULISAN MENARIK !




Solidariti rakyat mampu lumpuhkan gerakan militan

Oleh Mohd Ayop Abd Razid
Agama Islam tidak mengajar permusuhan dan membenci sesama manusia. Tidak dinafikan wujud fahaman sesat atau ajaran keliru terhadap Islam yang disebarkan oleh golongan tertentu untuk menyesatkan pengikutnya.

Wujudnya, guru atau pemimpin agama yang mengajarkan fahaman keliru kepada pengikut setianya menyebabkan mereka mudah melakukan tindakan luar daripada ajaran sebenar Islam termasuk melakukan keganasan. Satu contoh ialah pertubuhan kebatinan al-Ma'unah pada tahun 2000.

Selain itu, ada usaha jahat yang lahir dari pemikiran orientalis dan politik kufur Barat yang cuba mengaitkan 'terorisme' atau ideologi keganasan dengan Islam menyebabkan berlakunya salam faham terhadap Islam. Setiap kali berlakunya kejadian pengeboman atau serangan bunuh diri yang mengorbankan orang awam maka Barat akan menjadikan Islam sebagai 'kambing hitam' walaupun tanpa sebarang bukti kukuh seperti kes pengeboman di London pada tahun 2005.

Bukan Islam sebenar


Dalam Islam, terorisme termasuk dalam unsur 'hirabah'. Hirabah termasuk dalam jenayah (jarimah), iaitu melakukan perampasan, perompakan, pembunuhan dan tindakan menakutkan orang ramai dan juga merosak ketenteraman awam dengan cara anarkis. 'Al-muharib' adalah orang yang mengangkat senjata melawan orang ramai dan menakut-nakutkan mereka. Golongan ini bukanlah termasuk dalam golongan Islam sebenar.
Keganasan melampau berlaku ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua. Begitu juga serangan udara Amerika Syarikat yang menyasarkan tempat awam di Iraq selain kezaliman Zionis Yahudi (Israel) terhadap negara Palestin sejak tahun 1948 hingga kini.
Dalam perang, Islam melarang membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang tidak berdaya serta dilarang membakar ladang tanaman, memusnahkan kediaman awam, menceroboh rumah ibadat termasuk membunuh musuh yang berlindung dalam rumah ibadat mereka. Dalam jihad, sasaran adalah jelas dan nyata. Tujuannya juga jelas, iaitu mempertahankan dan menegakkan agama Allah serta membela hak umat Islam yang dizalimi.
Jihad juga diertikan sebagai segala usaha bersungguh-sungguh dan berterusan untuk menjaga dan meninggikan agama Allah. Jihad sebagai fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain apabila individu Islam itu telah dipilih oleh pihak Islam untuk menyertai pasukan perang dalam sesuatu peperangan atau apabila musuh menyerang mana-mana daerah negara Islam menyebabkan penduduk atau daerah berdekatan berkewajipan menentang musuh itu. (Jihad, Kaedah dan Pelaksanaannya, Dewan Pustaka Fajar, 1986).

Tindakan luar kemanusiaan

Ketika berperang, Islam melarang melakukan tindakan di luar batas kemanusiaan seperti keganasan. Hukumnya adalah haram sama ada dilakukan oleh kelompok, negara atau individu. Amalan 'al-istisyhad', iaitu bersedia untuk mati syahid dalam 'jihad qital' yang diizinkan dianggap sebagai kematian mulia kerana adalah semata-mata untuk mempertahan dan menegakkan agama Islam dan umatnya. Firman Allah yang bermaksud: "Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya, dan sesungguhnya Allah maha berkuasa untuk menolong mereka (mencapai) kemenangan" (al-Hajj: 39).

Militan dari segi definisi ialah individu atau kumpulan yang berjuang menggunakan kaedah ganas untuk menjayakan agenda mereka seperti cita-cita politik, agama atau membuat tuntutan tertentu atau semata-mata untuk mencabar kerajaan. Mereka mempunyai cara berfikir yang sempit walaupun pengamal ajaran agama yang taat.
Militan dari segi definisi sinonim dengan terorisme. Maknanya anggota terorisme adalah juga militan dan militan itu adalah ciri terorisme. Niat sebenar perjuangan mereka adalah untuk memusnahkan sesebuah negara. Mereka boleh memulakan huru-hara dan keadaan tidak tenteram dengan hanya membuat satu kerosakan kecil saja tetapi cukup memberi impak yang besar sehingga masyarakat menjadi panik dan takut.

Jika rakyat tidak bersatu padu dan enggan beri sokongan kepada kerajaan dan pasukan keselamatan maka tindakan militan atau pengganas itu akan jadi lebih mudah. Sebaliknya, jika rakyat bersatu-padu dan menyokong kerajaan, maka aset tempur negara akan mudah menewaskan mereka.
Rakyat perlu ada kekuatan minda dan jiwa supaya berupaya mengawal khabar angin seperti jangan percaya kepada maklumat daripada sumber mencurigakan terutama daripada media sosial. Secara psikologinya, gerakan militan akan lumpuh sekiranya rakyat tidak memberi bantuan sama ada dalam bentuk material atau pun sokongan moral.
Kesimpulannya, jihad pada jalan Allah (fi sabilillah) dilakukan oleh orang yang beriman berpandukan petunjuk wahyu (al-Quran dan Hadis), manakala pencerobohan dan kerosakan dilakukan oleh kumpulan militan dan pengganas adalah mereka yang berada di jalan taghut (fi sabilitaghut) berasaskan hawa nafsu dan bisikan syaitan.
Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia




Berita Harian

Wednesday, October 22, 2014

USAHA IKHTIAR DAN KEHENDAK ALLAH..



Aku berkenan sangat dengan ketinggian semangatnya. Sejak mula tragedi MH 370, aku rasa tak sedikitpun Datuk Seri Hishammuddin menunjukkan sikap tawar hati atau putus asa.
Bukan aku je. Dunia mengakui kegigihan beliau dan pasukannya. Semangat beliaulah yang melegakan hati dan perasaan kaum keluarga MH 370.

PERTH, Australia: Malaysia optimis dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang dipercayai berakhir di kawasan terpencil di Lautan Hindi, sejak ia hilang pada 8 Mac.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau 99.9 peratus yakin dengan misi mencari berdasarkan penggunaan peralatan paling canggih.
"Saya optimis 99.9 peratus untuk mengesan pesawat hilang ini tetapi lautan amat luas. Ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan laut," katanya semasa melancarkan kapal disewa oleh Malaysia, Go Phoenix dan kenderaan sonar pengesan dalam air canggih dikenali ProSAS di Pelabuhan Freemantle di sini, hari ini.
Antara yang hadir ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas; Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Judith Zielke.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan, namun tiada sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini.
Hishammuddin juga merakamkan penghargaan beliau kepada negara yang terlibat dalam misi mencari itu, khususnya Australia dan China, dan mengulangi komitmen kerajaan Malaysia untuk meneruskan misi mencari itu tanpa had masa spesifik.
Pada majlis itu, Naib Presiden PETRONAS bagi Pengurusan Petroleum Malaysia, Adif Zukifli, berkata PETRONAS menyediakan AS$21 juta (RM67 juta) untuk membiayai kos kapal itu bersama-sama anak kapal dan peralatan pengesan dalam air.
"Pembiayaan itu untuk sewaan alat pengesan bagi tempoh enam bulan sehingga Februari 2015," katanya.
Kapal itu dijangka memulakan misi mencari selama 30 hari dari esok di bahagian selatan Lautan Hindi, kira-kira 3,000 kilometer dari Perth dan Deftech DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd bertindak sebagai vendor yang menyediakan perkhidmatan teknikal bagi kapal itu.
Sementara itu, Zielke berkata beliau akan berlepas ke Kuala Lumpur hari ini bagi mengadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa Malaysia dan pakar-pakar antarabangsa yang terlibat dalam jawatankuasa penyiasatan MH370 bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan penyiasatan pesawat itu.
"Kami akan bincangkan tentang prosedur Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) jika ada kemungkinan pesawat itu ditemui," katanya.
Jailani yang juga pengerusi Jawatankuasa Media MH370, mengingatkan media asing dan tempatan supaya tidak membuat spekulasi tentang kehilangan pesawat itu dan membuat laporan berita berdasarkan maklumat yang telah disahkan.
Mengenai penyiasatan tragedi Penerbangan MH17 terhempas, Hishammuddin berkata Malaysia komited untuk menyelesaikan penyiasatannya dengan segera dan tiada niat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung siapa bertanggungjawab bagi tragedi itu sehingga penyiasatan selesai.
Penerbangan MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, timur Ukraine dekat sempadan Russia pada 17 Julai lalu.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dipercayai ditembak jatuh tetapi sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
- BERNAMA




Thursday, October 16, 2014

LELAKI MENGAKU RAKAM GAMBAR LUCAH !




WANITA BERJEMUR TANPA COLI DI PANTAI SAUJANA


Berjemur Tanpa Coli

Port Dickson – Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik.
Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan.
Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar.
“Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai.
“Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.- Suara TV

Aku tak mau komenlah..malu.

Monday, October 13, 2014

BARU SEBULAN KENAL, DAH SERAH TUBUH !

ALOR SETAR - Kerana cinta, seorang gadis sanggup menggadaikan maruah untuk bersama teman lelaki yang baharu dikenalinya sebulan lalu dengan bermalam di sebuah hotel, dekat sini.

Namun, pasangan kekasih berusia 23 tahun yang kedua-duanya pelajar semester tiga di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Bukit Kayu Hitam dicekup dalam
Operasi Bersepadu Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kedah, kelmarin.

Difahamkan, beberapa anggota ops bersepadu terpaksa menunggu lebih kurang 10 minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel tersebut.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, ketika disoal, lelaki berasal dari Pendang, manakala gadis berasal dari Johor itu memaklumkan mereka berdua makan angin di Pantai Merdeka bersempena cuti hujung minggu.

Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan menyewa bilik hotel terbabit selepas mendakwa  tidak sempat pulang ke kolej kediaman.

Katanya, kadar sewa hotel serendah RM15 sejam ditawarkan beberapa hotel mengakibatkan golongan pelajar mengambil kesempatan.

“Harga mengikut kadar jam rendah. Jadi, mana-mana pelajar mampu akan membayar sewa demi melampiaskan nafsu bersama pasangan,” katanya.

Menurutnya, golongan pelajar sepatutnya menumpukan pada pelajaran, sekali gus mengetepikan keinginan cinta mereka demi mengelakkan terjerumus ke kancah
maksiat.

"Pihak kami mendapati ada kediaman dijadikan tempat persinggahan pasangan kekasih demi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Operasi berterusan dilaksanakan dilihat mengurangkan aktiviti maksiat, namun pihak kami akan terus mengadakan pemantauan demi mengekang aktiviti tak bermoral," katanya.

Terdahulu, kira-kira 40 kakitangan kedua-dua jabatan memeriksa beberapa hotel murah di sekitar bandaraya Alor Setar dalam operasi bermula jam 12 tengah malam
hingga 3.30 berkenaan.-Sumber

Sunday, October 12, 2014

USTAZ KAZIM BERSANDIWARA !

Tian Chua dan orang orangnya boleh cakaplah sebab mereka berada dalam kubu mewah. Menteri Pertahanan telah menegaskan banyak kali, pengganas bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.



Bajet 2015 aku rasa membuktikan betapa kita tidak berada dalam zon selamat. Apabila peruntukan besar diberikan kepada Angkatan Tentera maka fahamlah kita betapa besarnya ancaman yang sedang kita hadapi..



Aku sebenarnya sedang menunggu sangat, apa pulak komen Pakatan...



Tuesday, October 7, 2014

BERCABANG !

KUALA LUMPUR 7 Okt - Malaysia dan China akan menjalinkan hubungan ketenteraan dan bekerjasama dalam usaha membanteras kegiatan militan di rantau negara ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kepelbagaian bentuk kegiatan militan akan ditumpukan untuk membanteras kegiatan tesebut pada usaha kerjasama itu.
"Kerjasama tanpa sempadan ini akan turut memberi tumpuan dalam mengenal pasti beberapa kawasan 'titik panas' yang menjadi tempat aktiviti kegiatan militan ini," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Ahli Dewan Negara Republik Rakyat China, Yang Jiechi hari ini.
alt
Hishammuddin turut berharap hubungan ketenteraan diantara dua negara itu dapat diperkukuhkan dalam beberapa perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat antara kedua-dua menteri kelak.
Disamping itu, Hishammuddin berkata mesyuarat antara kedua-dua menteri yang akan datang diharap dapat memperkukuhkan dalam beberapa perkara yang akan dibincangkan iaitu hubungan ketenteraan sesama dua negara itu.
"Kita turut fokus kepada beberapa perkara termasuk industri penting kepada kemajuan kedua-dua negara seperti yang sudah dipersetujui ketika lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Beijing sempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan China," ujarnya.
Sebelum ini, pihak polis sudah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan kegiatan kumpulan militan negara Islam (IS) dan bersedia melakukan tangkapan pada bila-bila masa.

Ulasan

Ini strategi bercabang. Dalam masa kita mencegah ancaman pengganas kita jugak menjalin hubungan baik dengan China kuasa yang sedang menjadi pesaing USA. Bukan hanya dari sudut ketenteraan tapi China jugak adalah kuasa ekonomi yang kian dominan.

Aku harap hubungan ini akan membantu menstabilkan kembali harga sawit dan getah kerana kita tahu China adalah negara pengguna yang cukup besar pasarannya.

Wednesday, October 1, 2014

HISHAMMUDDIN TUNJUKKAN TELADAN ..

Kita boleh menilai atau melihat berita ini daripada pelbagai sudut. ia bergantung kepada apa yang ada dalam kepala kita.Aku nampak ini wajah baru politik Malaysia. Pemimpin turun ke lapangan membantu menyelesaikan masalah walaupun bukan dalam bidang mereka atau bukan dalam kawasan mereka.
Ini team atau pasukan Kerajaan UMNO/BN. Ini sangat baik untuk parti dan kerajaan. Daripada sudut yang lain orang akan bertanya kenapa selepas 15 tahun masalah ini tidak selesai?
Ini jugak mesti dikaji dan ditangani. Penyampaian maklumat, penyelarasan antara pegawai dengan kerajaan dan sebagainya. Apapun hakikatnya ini permulaan baik. Aku ucap tahniah kepada Datuk Seri Hishammuddin kerana memberikan contoh yang baik untuk pemimpin pelapis.

KUALA LUMPUR 2 Okt - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan sokongannya terhadap projek pembinaan jalan sendiri oleh penduduk kampung di Pitas, pedalaman Sabah.

“Kia mesti bantu,” katanya menjawab tweet yang diajukan padanya berhubung perkara itu.

Beliau juga berikrar mendapatkan sokongan daripada rakan-rakannya dalam Umno daripada Sabah untuk membantu pembinaan jalan di Kudat itu.

“Saya akan cakap dengan mereka di (mesyuarat) kabinet esok,” kata naib presiden Umno itu di Twitter.

Perkara itu juga diambil maklum oleh setiausaha Umno Sabah dan menteri perumahan Datuk Rahman Dahlan.

“OK, maklum. Mari bincangkan perkara ini esok,” jawab Rahman kepada Hishammuddin.
Setelah 15 tahun menunggu, penduduk Pitas mengambil inisiatif mengeluarkan simpanan sendiri untuk membina sebatang jalan balak sepanjang 7.5 kilometer.

Jalan itu apabila siap akan menghubungkan enam kampung di kawasan itu dengan pekan Pitas.

Mereka sebelum ini mengumpulkan RM5,000 untuk membeli peralatan dan menyewa peralatan pembinaan dan memerlukan kira-kira RM85,000 lagi.

Akhbar The Star Sabtu lalu melaporkan seorang penduduk Maklin Masiau berkata kerajaan negeri Sabah telah berjanji membina jalan melalui kampung tersebut pada tahun 1999.

Penduduk enam kampung itu kini hanya mengharapkan Sungai Bengkoka yang bermasalah untuk dilalui sekiranya paras air naik atau ketika musim hujan.


BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...