Monday, May 4, 2015

INSYAALLAH ...


Esok 5 Mei 2015 pengundi Rompin akan keluar mengundi bagi memilih wakil mereka di Parlimen selepas Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang mewakili mereka sebelum ini meninggal dunia akibat nahas helikopter.



Rekod bersih yang beliau tinggalkan sedikit sebanyak memudahkan kempen kita di Rompin. Tapi ada pulak cabaran baru yang menanti iaitu kesan GST yang masih belum dapat diperbetulkan.

Apapun sebagai orang UMNO, aku kagum dengan cara kerja Penyelaras Jentera BN, DS Hishammuddin Hussein. Beliau menjadi percakapan umum bilamana dapat turun ke setiap ceruk bertemu pengundi.

Rendah diri, mesra dan sentiasa mendengar menjadikan beliau begitu disenangi. Aku rasa dah sampai masa pemimpin UMNO tak perlu lagi disambut dirai beria ia benar. Ini masa pemimpin UMNO menyusur akar, bertemu rakyat.




Keupayaan beliau melayani masyarakat memang diakui. Anak kecil. anak muda, orang orang tua sentiasa mendapat layanan beliau.





Hukum akal kita akan menang. Insyaallah. Cuma kita tak pasti adakah kita akan menang lebih besar atau sebaliknya. namun yang pasti rakyat tahu kita ada pemimpin yang mampu merasai denyut nadi rakyat.


Thursday, March 12, 2015

GEMPAR !! PENYANYI TERKENAL DIDAKWA DIDERA SECARA SEKSUAL !

ARENA muzik serantau gempar selepas seorang penyanyi cilik dari Indonesia yang popular dengan lagu ‘Aku yang dulu bukan yang sekarang’ mendakwa menjadi mangsa penderaan seksual oleh pengurusnya yang merupakan warganegara Singapura, Muhammad Arif Dollah.

Memetik laporan portal hiburan Indonesia, Kapan Lagi, Tegar dilaporkan telah membuat aduan kepada Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) iaitu sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia.

Menurut laporan itu, kejadian dilaporkan berlaku sekitar awal November sehingga pertengahan Januari 2015 ketika kedua-duanya berada di Malaysia untuk memenuhi undangan persembahan.

Selesai membuat persembahan, pengurusnya tidak segera membawa penyanyi itu pulang ke Indonesia sebaliknya menahan Tegar untuk tinggal di Malaysia.

Ekoran kejadian, Tegar bersama bapa dan syarikat rakamannya membuat laporan kepada Komnas PA.

Bercakap pada sidang media di Indonesia, Ketua Komnas PA, Arist Merdeka Sirait mengesahkan berlaku serangan seksual oleh pengurus peribadi terhadap mangsa (Tegar).

“Selain itu, ada barang-barang yang hilang antaranya gitar kesayangan mangsa yang merupakan sumber inspirasi untuk menghasilkan lagu-lagunya. Turut hilang, laptop dan kamera yang ada di apartmen Tegar,” ujar pada sidang media di Komnas Anak, Jl. Tb Simatupang, di Jakarta Timur, semalam.

Sementara itu, Tegar dipetik sebagai berkata, pengurusnya memaksa dirinya tidur dengan hanya memakai seluar dalam sahaja dan akan menemani Tegar ketika mandi serta beberapa lagi perkara yang lain.

“Ketika hendak tidur, Tegar tidak dibenarkan memakai seluar pendek. Kata Abang Arif, seluar itu kotor. Jadi tidur pakai seluar dalam. Dia juga turut memakai seluar dalam. Apabila Tegar ingin mandi, dia juga akan teman,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, barangan peribadi Tegar seperti gitar, laptop dan kamera turut dilarikan.

Baru-baru ini tersebar berita bahawa penyanyi cilik Indonesia iaitu Tegar dikatakan terpaksa mengemis di jalanan semula kerana telah ditipu oleh pengurusnya dari Malaysia.



Bagaimanapun pengurus tersebut menafikan dakwaan itu dan mengatakan perkara itu hanyalah satu rekaan dan mendakwa telah menjaga Tegar dengan baik selama penyanyi itu berada di Malaysia. – Sinar


Thursday, February 19, 2015

JANGAN UMNO SAJA...

Aku hakikatnya tak pandai nak cakap sangat. Tapi kalau tengok gambar gambar di bawah ini rasanya kita dah faham betapa UMNO sentiasa berusaha untuk menjaga keharmonian yang kita ada.

Setiakawan UMNO tak boleh disangkal lagi. Malangnya aku rasa Cina tak hargai kebaikan pemimpin kita. Aku tak tau apa perkataan yang boleh digunakan untuk menyeru agar orang Melayu Islam bertaut, menyatu sebab pada masa itu nanti, kita akan lihat bagaimana Cina tidak lagi boleh khianati kita.



DS Hishammuddin antara yang jelas ' Barisan Nasional ' sehingga beliau pernah dikecam kerana meminta maaf kepada rakan rakan komponen. Inilah pengorbanan beliau untuk pastikan survival UMNO/BN.

Aku rasa sekarang prestasi semasa beliau, kegigihan beliau telah membuka mata rakyat. Betapa mintak maaf bukan petanda lemah. Sebaliknya ada kebangkitan luar biasa selepas itu...Melayu ? Yang semangat tinggi sangat ?
Yang berkobar kobar ? Telah bertambanhkan pengundi ?





Friday, January 30, 2015

ROGOL DUA CUCU !

BUTTERWORTH - Seorang datuk berusia 50 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth semalam atas tuduhan merogol, meliwat dan melakukan seks luar tabii ke atas dua cucu saudaranya yang berumur tujuh dan lapan tahun.

Tertuduh, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan didakwa melakukan perbuatan itu pada waktu malam antara 24 November hingga 11 Januari 2015 lalu di rumahnya di Permatang Pauh.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 2, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membabitkan rogol dan melakukan seks luar tabii ke atas cucu yang berusia tujuh tahun.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 1, tertuduh dituduh di hadapan Hakim Julie Lack mengikut Seksyen 37(C) Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas seorang lagi cucunya yang berusia lapan tahun.

Mahkamah menetapkan 9 Mac ini untuk sebutan semula kedua-dua kes setelah tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah.

Kedua dua hakim juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya agar tertuduh tidak dikenakan ikat jamin.

Wednesday, January 21, 2015

DOKTOR TERLAMPAU !

LIAONING - CHINA. Satu video rakaman litar tertutup (CCTV) beberapa doktor dan jururawat didakwa menjatuhkan seorang pesakit mental dari katil dan memijak pesakit tersebut tersebar di laman sosial.

Rakaman CCTV itu telah dimuatnaik ke laman popular YouTube memaparka aksi ganas doktor berkenaan.

Menurut laporan Dailymail, kejadian berlaku di sebuah hospital psikiatri di Shenyang, November lepas.

Pesakit mental tersebut, Zhao Yanli dijumpai abangnya, Cheng dalam keadaan separuh sedar dan lebam-lebam.

"Keadaan beliau sangat teruk," kata Cheng.

Zhao dibawa ke hospital lain dan diberitahu bahawa kemungkinan Zhao untuk berjalan adalah tipis.

Sementara itu, keluarga Zhao sudah mengupah peguam untuk menuntut hukuman setimpal terhadap doktor dan kakitangan hospital berkenaan.


Saturday, January 17, 2015

UTUSAN PUNCA HISHAMMUDDIN DISERANG !

KUALA KRAI  – “Datuk bantu kami, bina semula kehidupan kami”.
Itu antara harapan penduduk Kampung Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru di sini sebaiksahaja melihat kelibat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di kawasan itu.
Malah secara spontan, harapan penduduk tersebut kemudian di­sambut dengan pelukan erat oleh Hishammuddin yang merasai begitu dekat penderitaan terpaksa ditanggung mangsa-mangsa itu selepas hilang segala-galanya.
 Kehadiran Hishammuddin bersama rombongannya hari ini bagi meninjau sendiri kesan kemusnahan banjir di Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.
Beliau yang tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Manek Urai Baru sebelum memulakan tinjauan ke kawasan terbabit kira-kira pukul 2.30 petang itu ditemani Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin: Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub serta pemimpin setempat.
Dalam tinjauan hampir dua jam tersebut, Hishammuddin berkesempatan melihat sendiri ke­san kemusnahan yang amat dahsyat di kawasan terbabit dengan hampir keseluruhan kediaman penduduk sekitarnya musnah.
 Malah, beliau yang kelihatan sebak melihat keadaan itu sempat meluangkan masa membantu penduduk membersihkan kediaman mereka yang dipenuhi lumpur sehingga ke paras lulut.
Dalam masa sama, Hishammuddin tidak lupa memberi kata-kata semangat kepada mereka sambil berkata akan berusaha membantu membina kembali kehidupan mereka yang musnah itu-  Utusan Malaysia.

Memangpun. Komitmen DS Hishammuddin dikatakan amat tinggi sewaktu membantu mangsa banjir sehingga jadi sebutan ramai. Maka kerana itulah barangkali Lim Kit Siang tak senang duduk. lalu keluarlah kenyataan kebudak budakan ini..








Jadi aku rasa tak usah layanlah provokasi Lim Kit Siang. Kerja banyak belum selesai, baiklah tumpu kepada kerja. Abaikan yang tidak penting. Jangan sama sekali jawab, sebab mereka tak nak jawapan, mereka nak menjatuhkan..

Tuesday, January 13, 2015

FROM KELANTAN WITH LOVE..

Changlun: Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi membantu menurunkan dua beradik lelaki yang lari naik ke bumbung sebuah hotel murah setinggi hampir 20 meter untuk mengelak daripada dicekup penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu(PADKP) kerana disyaki berkhalwat, di sini, malam kelmarin.

Dua lelaki berusia 20 dan 25 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa yang membuat serbuan di hotel berkenaan jam 12.30 tengah malam kelmarin ketika mereka berada dalam sebuah bilik bersama pasangan masing-masing, berusia 16 dan 18 tahun.

Semua mereka dipercayai berasal dari Kelantan datang dengan menunggang motosikal dan menyewa di hotel terbabit sejak dua hari lalu dengan alasan mencari kerja di daerah ini selepas negeri itu dilanda banjir.

Gadis berusia 18 tahun itu dipercayai tunang si abang manakala gadis berusia 16 tahun itu pula dikatakan janda selepas berkahwin pada usia 14 tahun.

Pegawai PADKP Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan aduan, lapan anggota penguat kuasa diketuai Abd Rahim Abu menjalankan pemeriksaan di hotel berkenaan. – Harian Metro


Ulasan

Dahsyat kan, kat Kelantan banjir. Pergi menjajah di Kedah pulak. Ini semua rakyat Tok Guru belaka ni...

Sunday, January 11, 2015

PILIH, NAK KENA ROGOL KE, NAK KENA SANTAU !

KLANG - Bimbang dengan ugutan kononnya dia akan disantau sekiranya enggan bertemu, seorang gadis terpaksa merelakan diri ‘diratah’ teman lelakinya sehingga mengandung dalam kejadian pada Jun tahun lalu.

Menurut sumber, mangsa, 16, dikatakan mengenali teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu melalui aplikasi WeChat sebelum membuat keputusan untuk bertemu.


Bagaimanapun, keluarga mangsa yang mengesyaki perubahan tubuh mangsa kemudian membuat pemeriksaan di klinik sebelum tembelang gadis itu terbongkar apabila didapati mengandung tujuh bulan.


“Mangsa yang masih bersekolah akhirnya mengaku dirogol di rumah teman lelakinya sekitar Jun tahun lalu ketika bertemu untuk kali kedua selepas bimbang dengan ugutan santau.


“Terkejut dengan pengakuannya, keluarga mangsa membuat laporan polis pada Rabu lalu,” katanya.


Sumber itu berkata, sebaik menerima laporan daripada mangsa, sepasukan polis kemudiannya berjaya mengesan suspek dan menahannya di sekitar daerah ini sehari kemudian. Lelaki berkenaan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


Ulasan


Aku rasa aku sesuatu yang tak kena dengan kehidupan umat Melayu sekarang ni. Anak gadis umur 16 tahun boleh bebas jumpa lelaki, kena ugut sampai kena rogol. Kemudiaan dan mengandung 7 bulan baru mak bapak perasan. Peliklah jugak. Keluarga, mak bapak kena lebih cemburulah aku rasa. jangan sporting sangat sampai anak anak jadi rosak.

Saturday, January 3, 2015

DAHSYAT BERITA NIH !

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memantau perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 secara terperinci.

Beliau turut berharap semua pegawai dan anggota TLDM yang terlibat dalam operasi SAR di Laut Jawa mengutamakan aspek keselamatan.
“Tan Sri (Abdul Aziz), sila pastikan anggota-anggota kita dalam keadaan selamat,” katanya menerusi akaun Twitternya hari ini.

Terdahulu, Abdul Aziz melalui akaun Twitternya memberitahu, keadaan laut di lokasi pencarian bangkai pesawat QZ8501 bergelora dengan ombak setinggi empat meter, kelajuan angin 20 hingga 30 knot dan kebolehlihatan lapan batu nautika.

Apa hebatnya berita nih?


DS Hishammuddin adalah Menteri paling sibuk sekarang. Bekerja 24 jam sehari namun tak terlepas kebajikan dan keselamatan anggota TLDM yang sedang bertugas mewakili negara. Ini baru pemimpin rakyat.












Tak usah bandingkan  dengan mana mana pemimpin Pakatan sebab tak ada seorangpun layak . Mereka semua sibuk membuat penilaian, membuat ulasan dan mencari kelemahan. Itu jer kemampuan mereka.


 TLDM mengerahkan tiga kapalnya iaitu KD Pahang, KD Lekir dan KD Lekiu 

Saturday, December 20, 2014

GAMBAR GAMBAR YANG MENYEBABKAN MACAI GILA BABI !




Malam ini final kedua Malaysia Thailand di Stadium Bukit Jalil. Malaysia menang perlawanan tapi kalah Kejohanan dengan aggreget 4-3. Main dah hebat dah.

Macam biasa DS Hishammuddin up date di facebook beberapa keping gambar sepanjang perlawanan berlangsung. Beliau, DS Najib dan Khairy Jamaluddin dalam beberapa situasi.

Yang aku heran, budak budak DAP punya kelam kabut. Komen macam macam seolah olah ia cerita politik. Ramai yang pro, cakap pasal bola dan suka dengan gaya pemimpin mereka. Benar benar bersama rakyat.

Isunya kenapa macai susah hati sangat ? Apa masalahnya bila DS Hishammuddin nak share perasaannya dengan rakyat Malaysia yang minat bola?

Tuesday, December 16, 2014

PLKN PERLU JADI ASETLAH !

Aku tetap beranggapan bahawa UMNO/BN mesti berusaha agar PLKN ini memberi pulangan dari sudut undi kepada UMNO/BN. Ini strategi untuk kekalkan kuasa dan kitapun sedar tiada parti lain dapat tadbir negara seperti walaupun di sana sini ada kekurangan.

Dah dekat sejuta, bayangkan jika mereka benar benar diasuh dengan nilai yang baik. Aku yakin mereka tak akan pergi kepada pembangkang. Ini jugak dilakukan di Singapura misalnya. Aku bimbang sangat jika Kerajaan tidak memantau dengan teliti pelaksanaan program, akhirnya puak Pakatan yang ambil peluang.

Jawapan Menteripun pagi tadi di Dewan Negara kemas dan meyakinkan..apa lagi ..ini antara peluang yang kita ada..
Soalan:
Berapa ramai pelatih PLKN yang telah dilahirkan dan apakah cadangan pihak Kementerian untuk masa akan datang.

Jawapan:
1. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diperkenalkan pada 16 Februari 2004. Semenjak penubuhannya seramai 832,712 orang pelatih telah dilahirkan.

2. Bagi memastikan program ini mencapai objektif yang disasarkan serta ianya terus relevan dengan kehendak dan keperluan semasa dan masa hadapan, pihak Kementerian kini sedang melaksanakan kajian semula PLKN dengan konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.

3. Antara transformasi yang dicadangkan adalah menambah baik modul dengan memasukkan elemen kemahiran softskill dan hardskill tanpa menjejaskan matlamat asal program. Jalinan elemen kemahiran dan kenegaraan akan dapat membentuk modal insan yang dapat memenuhi keperluan industri negara dan pada masa yang sama memupuk semangat cintakan negara.

4. Bagi memastikan perkara ini dapat dicapai, pihak Kementerian telah mengadakan “engagement” dengan semua “stakeholder” yang mempunyai kepentingan seperti ibubapa, pemain industri, alumni PLKN, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelajar bagi mendapatkan input dan cadangan daripada mereka untuk membantu pihak Kementerian membuat rumusan terbaik.

5. Transformasi yang bakal dilaksanakan turut meliputi aspek prasarana kem, kemudahan, pengurusan asset, keselesaan pelatih dan pembangunan kerjaya, kemahiran dan kebajikan para jurulatih. Bagi merealisasikan transformasi ini, kerjasama strategik telah dan sedang dijalinkan dengan beberapa Kementerian.

6. Pihak Kementerian akan mengadakan Makmal (Lab) bagi memperhalusi dan seterusnya merumus semua padangan.


Gambar: Jawapan saya sewaktu di Sidang Dewan Negara pada hari ini:

Soalan:
Berapa ramai pelatih PLKN yang telah dilahirkan dan apakah cadangan pihak Kementerian untuk masa akan datang.

Jawapan:
1.    Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diperkenalkan pada 16 Februari 2004. Semenjak penubuhannya seramai 832,712 orang pelatih telah dilahirkan.

2.    Bagi memastikan program ini mencapai objektif yang disasarkan serta ianya terus relevan dengan kehendak dan keperluan semasa dan masa hadapan, pihak Kementerian kini sedang melaksanakan kajian semula PLKN dengan konsep baru yang menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.

3.    Antara transformasi yang dicadangkan adalah menambah baik modul dengan memasukkan elemen kemahiran softskill dan hardskill tanpa menjejaskan matlamat asal program. Jalinan elemen kemahiran dan kenegaraan akan dapat membentuk modal insan yang dapat memenuhi keperluan industri negara dan pada masa yang sama memupuk semangat cintakan negara.

4.    Bagi memastikan perkara ini dapat dicapai, pihak Kementerian telah mengadakan “engagement” dengan semua “stakeholder” yang mempunyai kepentingan seperti ibubapa, pemain industri, alumni PLKN, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelajar bagi mendapatkan input dan cadangan daripada mereka untuk membantu pihak Kementerian membuat rumusan terbaik.

5.    Transformasi yang bakal dilaksanakan turut meliputi aspek prasarana kem, kemudahan, pengurusan asset, keselesaan pelatih dan pembangunan kerjaya, kemahiran dan kebajikan para jurulatih. Bagi merealisasikan transformasi ini, kerjasama strategik telah dan sedang dijalinkan dengan beberapa Kementerian.

6.    Pihak Kementerian akan mengadakan Makmal (Lab) bagi memperhalusi dan seterusnya merumus semua padangan.

Saturday, December 13, 2014

DAH BERLAKI TAPI CIKGU NI BUAT ONAR DENGAN STUDENT...

SEORANG guru wanita di sebuah sekolah menengah dihukum penjara sekurang-kurangnya tujuh tahun enam bulan selepas mengaku bersalah melakukan hubungan seks dengan seorang pelajarnya yang berusia 14 tahun.

Sarah Raymo, 32, ditangkap pada Januari lalu selepas khabar angin tersebar di sekitar Bay City, Michigan bahawa dia meniduri seorang daripada pelajar gred lapan.
Mangsa yang namanya tidak boleh didedahkan atas faktor usia, memberi keterangan di mahkamah pada lapan bulan lalu bahawa dia melakukan hubungan seks dengan Raymo sebanyak enam hingga lapan kali, sama ada di sekolah atau di rumah gurunya itu.

Wanita tersebut, yang telah berkahwin sewaktu diberkas pada awal tahun ini, sepatutnya dibicarakan pada hujung September lalu, tetapi menukar pengakuan kepada bersalah terhadap dua pertuduhan salah laku jenayah seksual.
 Ini membolehkan empat lagi tuduhan salah laku seksual yang menyediakan hukuman lebih berat digugurkan.

Hakim yang menjatuhkan hukuman tersebut pada November lalu, menyifatkan hubungan intim yang tidak sepatutnya dilakukan oleh guru dan muridnya itu sebagai sesuatu yang ‘dahsyat’. Hukuman maksimum bagi pertuduhan itu ialah penjara 15 tahun.
Ketika hukuman dijatuhkan, Raymo dilihat menggeletar dan bernafas dengan kencang, sambil mengesat air mata, lapor MLive.com seperti yang dipetik oleh mailonline.com. Wanita itu enggan memberikan sebarang kenyataan.
“Sebagai seorang guru, anak-anak murid kamu menaruh kepercayaan terhadap kamu,” kata Hakim Kenneth W Schmidt.
“Namun, kepercayaan itu telah dicabuli apabila kamu memilih untuk sanggup dan rela mengadakan hubungan seksual dengan seorang daripada anak murid kamu, tanpa menghiraukan keadaan sekeliling kamu.
“Keadaan ini telah memberi kesan yang sangat besar terhadap mangsa. Dia terpaksa pindah sekolah dan menjalani terapi,” kata beliau.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira segalanya termasuk fakta bahawa wanita tersebut telah mencabuli kepercayaan yang diberikan oleh murid-murid yang meningkat remaja kepadanya sebagai seorang guru.
Walau bagaimanapun, peguam Matthew Reyes yang mewakili Raymo mendakwa, hakim tersebut terkhilaf semasa menjatuhkan hukuman.
“Keputusan ini adalah salah. Saya tidak rasa hakim tersebut mengetahui fail (kes ini) sebagaimana saya mengetahuinya,” kata Reyes.
Reyes setuju bahawa apa yang dilakukan oleh anak guamnya adalah salah, tetapi beliau tidak melihat tindakan guru wanita itu sebagai tingkah laku seorang pemangsa.

Dalam satu kenyataan, Reyes menjelaskan, meskipun mangsa tidak boleh merelakan perlakuan seks dengan Raymo disebabkan faktor usianya, namun murid tersebut yang telah memulakan hubungan itu dengan mengirim surat yang berunsur lucah.
Mangsa didakwa mula bersembang dengan gurunya itu melalui jurnal bilik darjah, sebelum beralih pula kepada perbualan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Selepas itu, Raymo pada satu hari telah meminta pelajarnya kekal berada di dalam kelas selepas waktu sekolah dan mereka berdua kemudian melakukan hubungan seks di dalam bilik darjah.

Kisah mereka berdua mula terbongkar selepas pelajar itu mula memberitahu rakan-rakannya tentang hubungan tersebut yang kemudian tersebar di sekolah.
“Saya sedar bahawa mangsa tidak boleh melakukan hubungan seksual secara rela, tetapi mangsa bukannya tidak mampu untuk memulakan perbualan berunsur lucah,” menurut Reyes.
Ibu bapa mangsa tidak hadir ke mahkamah ketika hukuman dijatuhkan tetapi Penolong Ketua Pendakwa Raya, Nancy E Borushki membacakan kenyataan yang disediakan bagi pihak mereka.

“Apa yang begitu jelas kepada ibu bapa mangsa dan saya sendiri adalah ini merupakan situasi seseorang yang mengambil kesempatan daripada anak mereka.
“Terlalu banyak yang telah diperkatakan di luar sana tentang betapa beruntungnya mangsa, dan ini kononnya bukan satu masalah besar, tetapi (sebenarnya) ia adalah satu masalah besar bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga ibu bapanya,” menurut kenyataan tersebut.


Utusan On Line.






Wednesday, December 10, 2014

DULU SALAHKAN PEMIMPIN, SEBENARNYA...




Masa keputusan PRU 12 dan 13 diumumkan, maka riuh rendahlah kita salahkan pemimpin di atas. Kononnya tak tegas, tak bersungguh dan tak turun ke bawah. Ada pemimpin digambarkan sebagai gagal.

Persidangan Agung UMNO 2014 menyaksikan pemimpin UMNO secara keseluruhannya komited nak lakukan perubahan dan transformasi. Dah berlakupun perubahan. DS Najib pusing 360 darjah dengan umumkan pengekalan Akta Hasutan 1948. Ini kehendak akar umbi UMNO.


DS Hishammuddin memimpin perubahan dalam perbahasan dan usul. Turun bersama pasukannya bertemu pembahas. Keluarkan kenyataan merangsang dan membina. Terangkat orang UMNO.


Tapi bila kita balik kepada fakta asas dalam berpolitik, kita akan balik menyedari hakikat bahawa Cawangan dan Bahagian tidak mainkan peranan berkesan dalam menambah pengundi.


Kita dengar Cawangan dan bahagian tolak keinginan orang muda untuk berjuang bersama dalam UMNO. Maknanya selama ini akar umbipun kaki sembang kencang tapi kerja tak buatpun.


Cukup cukuplah bersembang. UMNO hanya ada tiga tahun sebelum PRU 14. Sekali lagi maaf cakaplah, sembang kencang tak akan menangkan parti...


Sunday, December 7, 2014

BAYAR RM 200 DAH BOLEH SAHKAN TEMPAT DI SYURGA, MUDAH JER KAN..

Macam macam cara orang nak cari duit mudah. Bayar je 200 ringgit dah boleh bagi tempat di syurga. Aku rasa dia ni bukan orang PAS sebab kalau PAS tak payah bayar, undi jer.

SEREMBAN - Seorang pelajar sebuah kolej swasta di sini, hampir terjebak dengan kata-kata seorang 'pendakwah' yang mendakwa seseorang itu mendapat syafaat dan boleh masuk syurga apabila membayar RM200 kepadanya.

Pelajar terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Zahim, 23, berkata, dia didatangi lelaki berusia lingkungan 40-an itu, dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam, minggu lalu ketika sedang minum bersama seorang rakannya di sebuah kedai makan di Rahang, di sini.

Menurutnya, kejadian bermula apabila lelaki terbabit yang hanya memakai kemeja-T dan berseluar jeans, menyapanya untuk meminjam pemetik api.

"Kemudian, dia terus duduk semeja dengan kami. Mula-mula itu hanya berbual biasa saja, tetapi selepas itu, tiba-tiba dia mula bercerita dan bertanya kepada saya. Antara soalannya, 'kau pilih syirik atau dosa besar?, " katanya.

"Dia cakap, kalau saya solat, tapi bacaan salah, sudah dikira syirik dan solat saya hanya sia-sia. Masa itu, saya dah rasa tidak sedap hati,” katanya.

Zahim berkata, lelaki itu berterusan menceritakan perkara berkaitan agama sehinggalah dia memberitahu boleh memberi syafaat kepada orang, dengan syarat memberinya wang sebanyak RM200.

Menurutnya, tawaran daripada lelaki itu amat mengejutkan kerana ia ternyata tidak masuk akal serta boleh menjejaskan akidah sesiapa yang mempercayainya.

“Masa mula-mula itu, saya rasa mungkin dia nak kongsi pengetahuan agama. Bila saya tanya berkaitan apa yang dicakapkan, jawapan diberikannya lancar dan memang boleh membuatkan kita percaya. Tapi bila sampai minta duit, saya mula fikir yang dia tak betul," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Zahim berkata, dia bagaimanapun terlepas kira-kira 40 minit selepas perbualan itu apabila meminta diri dengan alasan sudah lewat malam.

Menurut Zahim, dia percaya mereka yang kurang pengetahuan agama akan terpengaruh dengan apa yang disampaikan lelaki berkenaan.

Malah, katanya, perwatakan dan pakaian lelaki itu, langsung tidak menampakkan dia tidak waras atau sesat.

“Dia pandai sebab nak dekat dengan kita kononnya nak pinjam pemetik api. Lepas itu, dia cerita macam-macam dan setiap soalan yang kita tanya dia boleh jawab dengan lancar," katanya.

Berikutan itu, Zahim meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) memantau perkara tersebut kerana tindakan lelaki terbabit secara halus boleh menyesatkan orang ramai, lebih-lebih lagi berani datang di kawasan tumpuan ramai.

Sementara itu, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan dan aduan berhubung kejadian seperti didakwa Zahim.

Sinar Harian..

Thursday, December 4, 2014

SELEPAS SEMINGGU, DAH MULAKAH PEREMAJAAN UMNO ?

KUALA LUMPUR 29 Nov - Satu pelan strategik perlu disediakan segera bagi menjayakan agenda peremajaan UMNO untuk menarik minat generasi muda

Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, UMNO mesti mempunyai satu pelan strategik dalam memastikan peremajaan parti tidak hanya memberi tumpuan kepada umur atau jawatan.

"Sebagai Naib Presiden saya bersetuju, agenda peremajaan wajib dijadikan agenda utama parti," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di sini hari ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pada Khamis, mengumumkan beberapa langkah peremajaan termasuk membuka pendaftaran keanggotaan secara terus secara online dan mewujudkan generasi pewaris kepimpinan masa depan UMNO atau Jil-UMNO.

Ianya sebagai langkah peremajaan dan kemudahan pendaftaran anggota baharu UMNO adalah sebahagian daripada proses program transformasi parti yang dilaksanakan sejak 2009.

Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung UMNO 2014 turut menjelaskan, sebelum ini UMNO telah melaksanakan pelbagai perubahan termasuk penghapusan kuota untuk bertanding, penambahan perwakilan automatik ke perhimpunan agung dan penurunan kuasa memilih kepada akar umbi dengan jumlah yang lebih besar.

"UMNO juga telah melaksanakan transformasi dalam penghapusan yuran dan dalam mempermudahkan penyertaan anggota," katanya.

Ulasan
Aku dah cemas sebenarnya. Dari segi angka BN jauh ketinggalan berbanding DAP. Kita masih lagi bercakap tentang apa makna peremajaan parti. Khairy pun masa penggulungan tak bagitaupun apa nak dibuat bagi meremajakan parti yang matlamat akhirnya menangkan parti dalam PRU 14.
Aku rasa DS Hishammuddin dan berjaya buat macam macam transformasi tapi tentulah peremajaan ini patut dikepalai oleh Pemuda dan Puteri..
Masa sangat terbatas. Kalau bertangguh, aku tak rasa UMNO akan selamat...

Wednesday, December 3, 2014

MAHFUZ BERJAYA KEKALKAN KEDUDUKAN SEBAGAI PEMIMPIN PAS PALING BODOH !

Korang baca laporan di bawah. Mahfuz ni PAS pun dia tak mampu jaga, nak masuk campur urusan dalaman UMNO. Kalau dia cerdik, dia tak tanya soalan soalan ni. Baik dia tanya apa pasal PAS sampai sekarang jadi kuda DAP..

KUALA LUMPUR 3 Dis - Pas hari ini mengesa UMNO perlu menjelaskan berapa jumlah blogger yang telah diupah untuk mencari sesuap nasi bersama parti itu.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata UMNO turut perlu menjelaskan berapa jumlah blogger yang dianggap bangang ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan pergulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU2014) lalu.

"Kita mahu umno menjelaskan berapa blogger UMNO yang kini mencari makan dengan UMNO. Berapa pembayaran yang telah dibuat oleh UMNO dan berapa jumlah blogger UMNO?

"UMNO perlu juga menjelaskan berapa blogger UMNO yang dianggap bangang? adakah Perdana Menteri dan Datuk Abdul Kadir Jasin dianggap bangang? kita mahu Perdana Menteri minta memberi penjelasan," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Ibu Pejabat PAS, disini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri mengecam sikap sebilangan blogger pro UMNO yang bertindak menyerang pemimpin parti atas dasar 'friendly fire'.

Beliau bertama berkata, blogger  yang menyatakan prinsip menyokong parti UMNO sewajarnya lebih fokus menyerang pemimpin pembangkang jika benar mahu parti teras Barisan Nasional (BN) itu terus kekal sebagai pemerintah kerajaan.  

Beliau menegaskan, blogger pro UMNO seharusnya menjadi benteng dalam peperangan dengan parti lawan dan bukan bertindak menyerang sesama sendiri.

"Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang.

"Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,"tegasnya.

Wednesday, November 26, 2014

KALAU RAMAI BEGINI, UMNO AKAN BERTAHAN

Berlagak, sombong , selesa dalam kelompok sendiri sahaja memang orang tak suka. Bukan kata budak muda, orang tuapun menyampah.

Orang sekarang dah moden. Dah banyak maklumat. Orang kampungpun dah celik internet. Pemimpin UMNO kena merendah diri, humble. Tak payah tunjuk kehebatan kita sebab orang boleh menilai.


Kena sanggup turun ke bawah. Orang muda berkenan cara ini.


Buat macam DS Hishammuddin ni. Dari zaman aku Pemuda dulu, inilah sikapnya. Tak de wayang, tak de berlakon.
Makcik makcikpun berebut nak bergambar. Pada setengah orang benda ni mungkin kecik. Tapi orang politik tahu, menjadi mesra, hemoi adalah wajib.
Tambahan pulak dengan akar umbi yang selama ini berjuang tanpa mintak apa apa.

Detik ini akan menjadi sejarah bagi mereka. Apa salahnya sesekali bagi mereka seronok, buat kenangan, bercakap dengan anak cucu mereka.

Pemimpin UMNO kena begini sekarang . PM kita pun sangat mesra dengan rakyat. Tak kan pemimpin Bahagian, Cawangan tak boleh kot ? UMNO dah sumbang banyak jasa, jangan kerana sikap kita dibenci...


Friday, November 21, 2014

DIROGOL SEBAB TUMBUK MUKA ORANG !

Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan terpaksa melalui detik hitam apabila dirogol oleh lima lelaki yang dipercayai rakan teman lelakinya sendiri selepas melarikan diri dari pihak polis dalam kejadian di Lombong Buaya, Kampung Sri Aman, Puchong 12 November lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 16 tahun berkenaan dikatakan mengikuti teman lelakinya seorang warganegara Myanmar yang dikenali sebagai Mohd Hisham keluar makan di Kampung Sri Aman.
Sebaik selesai makan, mereka pulang ke rumah dan diekori oleh lima suspek menaiki tiga motosikal sebelum terserempak dengan kereta peronda polis yang cuba menahan mereka untuk membuat pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ketika cuba ditahan, mereka berjaya meloloskan diri daripada ditahan kereta peronda polis dan sampai ke lokasi kejadian.
Menurutnya, ketika ditempat kejadian, mangsa diraba oleh rakan teman lelakinya yang bernama "Pendek" menyebabkan mangsa berang dan bertindak menumbuk muka sehingga hidung suspek berdarah.

"Suspek menjadi marah dan bertindak merogol pengadu secara bergilir-gilir. Teman lelaki mangsa ada melihat kejadian terbabit tetapi tidak berani untuk membantu disebabkan takut kerana suspek ramai.

"Empat suspek berjaya ditahan manakala seorang lagi masih diburu,"katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.


Aku petik artikel ni dalam Harian Metro. Aku tak faham pasal apa budak umur 16 tahun boleh keluar dengan jantan tengah tengah malam. Emak bapaknya ke mana, buat apa?

Lebih malang keluar bergaul dengan warga asing. Aku rasa benda ni patut jadi pengajaran kepada kita. Sporting dengan anak pun kena ada batas. jangan melampau akhirnya makan diri.

Monday, November 17, 2014

SEMENTARA ADA NYAWA...


Seminggu saja lagi orang UMNO akan berkampung di PWTC , Kuala Lumpur. Inilah perhimpunan terbesar UMNO dalam setahun dan orang UMNO dari seluruh pelusuk negara akan menghalakan mata ke perhimpunan ini.


Selain ucapan dasar Presiden, orang UMNO menunggu nunggu perbahasan usul yang akan dibawa. Aku nampak kali ini benda ni diberikan perhatian sangat berat kerana pentingnya. Jawatankuasa ussl ini dipimpin oleh DS Hishammuddin Hussein dan turut dianggotai oleh DS Ismail Sabri dan Datuk Rosnah , Ahli MKT.



Ketiga tiga orang ini memang terkenal kaki kerja. Dan terbukti mencapai banyak kejayaan hasil tangan mereka. Aku yakin perbahasan kali ini akan berbeza dengan tahun tahun lalu. Tambahan, 50% daripada usul telahpun dapat respond daripada pihak berkaitan.


Aku harap perwakilan serius benar benar sekali ini. Ini adalah PAU terpenting sebab kita ada dua tahun lagi untuk PRU 14. Dengan pengumuman PM bahawa UMNO seluruhnya tidak bergerak, aku harap PAU ini akan membangkitkan semangat orang UMNO.

UMNO tidak akan menang kerana ramai orang pandai bercakap. UMNO tak akan menang kerana orang UMNO bijak berbahas. UMNO akan menang hanya kerana undi kita melebihi pembangkang.

Harapan aku DS Hishammuddin akan menghalakan perbahasan kali ini ke arah mencapai kemenangan besar dalam PRU 14. Dan aku yakin ini jugak harapan kebanyakan orang Melayu di tanahair kita.


BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...