PDRM Nafi Laporan Media Indonesia..
14 SEPT : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan media Indonesia bahawa ia mengetahui punca sebenar kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang menjadi misteri kepada dunia sejak 8 Mac lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata beliau tidak mempunyai maklumat itu dan terkejut dengan laporan media berkenaan.

Semalam, laporan berita Indonesia, Tempo.co, memetik Ketua Polis republik itu, Jeneral Sutarman sebagai mendakwa kononnya pihaknya dan polis Malaysia mengetahui punca pesawat itu hilang tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hilang daripada radar ketika terbang merentasi Laut China Selatan 8 Mac lepas.
Pencarian besar-besaran membabitkan pelbagai negara gagal menemui sebarang jejak pesawat terbabit sehingga kini.
No comments:
Post a Comment