Wednesday, April 9, 2014

MAHUKAN SEKS YANG PELBAGAI ?

Pulau Pinang rupanya dah jadi destinasi seks tersohor negara. Kecik je Penang ni. Diperintah pula oleh Lim Guan Eng yang diberikan jolokan Umar Abdul Aziz oleh PAS.
Kita tunggu jawapan daripada PAS. Isu ini PAS yang akan jawab sebab dah jadi kewajipan PAS mempertahankan DAP. PAS aku rasa sanggup mati demi Guan Eng.


Jahara: Perjelas dakwaan 'bandar seks'
Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan berhubung laporan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa negeri ini 'bandar seks' berikutan kononnya terdapat sekurang-kurangnya 200 kawasan panas yang menawarkan perkhidmatan seks.
  
Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid berkata semua pihak terutama rakyat negeri ini mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu berikutan laporan itu memberi imej buruk kepada Pulau Pinang.
  
"Umno mahu Lim beri penjelasan mengenai perkara itu dan jika beliau enggan berbuat demikian, kami akan bangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang bulan depan.
  
"Laporan itu bukan sahaja memberi imej buruk malah menunjukkan pihak berkuasa tempatan tidak buat kerja mereka kerana saya difahamkan 200 premis yang menawarkan perkhidmatan berkenaan mempunyai lesen dan bagaimana perkara itu boleh terjadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care (IMFC), di Dewan Sungai Dua, di Butterworth hari ini.
  
Jahara yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWKM) mengulas dakwaan Jaringan Utara Migran dan Pelarian (Jump) itu.
  
Laporan kajian itu berdasarkan temu bual membabitkan 172 pemandu teksi di negeri ini yang mendakwa pernah membawa penumpang ke kawasan panas berkenaan sekurang-kurangnya sekali.

Dikelilingi air. Dilimpahi hujan tapi rakyat kena catu. Bala rupanya !
    
Bernama
 

1 comment:

  1. Akupun dengar. Ada macam macam bangsa beroperasi di Penang..hebat tu

    ReplyDelete

BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...