Thursday, March 12, 2015

GEMPAR !! PENYANYI TERKENAL DIDAKWA DIDERA SECARA SEKSUAL !

ARENA muzik serantau gempar selepas seorang penyanyi cilik dari Indonesia yang popular dengan lagu ‘Aku yang dulu bukan yang sekarang’ mendakwa menjadi mangsa penderaan seksual oleh pengurusnya yang merupakan warganegara Singapura, Muhammad Arif Dollah.

Memetik laporan portal hiburan Indonesia, Kapan Lagi, Tegar dilaporkan telah membuat aduan kepada Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) iaitu sebuah badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia.

Menurut laporan itu, kejadian dilaporkan berlaku sekitar awal November sehingga pertengahan Januari 2015 ketika kedua-duanya berada di Malaysia untuk memenuhi undangan persembahan.

Selesai membuat persembahan, pengurusnya tidak segera membawa penyanyi itu pulang ke Indonesia sebaliknya menahan Tegar untuk tinggal di Malaysia.

Ekoran kejadian, Tegar bersama bapa dan syarikat rakamannya membuat laporan kepada Komnas PA.

Bercakap pada sidang media di Indonesia, Ketua Komnas PA, Arist Merdeka Sirait mengesahkan berlaku serangan seksual oleh pengurus peribadi terhadap mangsa (Tegar).

“Selain itu, ada barang-barang yang hilang antaranya gitar kesayangan mangsa yang merupakan sumber inspirasi untuk menghasilkan lagu-lagunya. Turut hilang, laptop dan kamera yang ada di apartmen Tegar,” ujar pada sidang media di Komnas Anak, Jl. Tb Simatupang, di Jakarta Timur, semalam.

Sementara itu, Tegar dipetik sebagai berkata, pengurusnya memaksa dirinya tidur dengan hanya memakai seluar dalam sahaja dan akan menemani Tegar ketika mandi serta beberapa lagi perkara yang lain.

“Ketika hendak tidur, Tegar tidak dibenarkan memakai seluar pendek. Kata Abang Arif, seluar itu kotor. Jadi tidur pakai seluar dalam. Dia juga turut memakai seluar dalam. Apabila Tegar ingin mandi, dia juga akan teman,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, barangan peribadi Tegar seperti gitar, laptop dan kamera turut dilarikan.

Baru-baru ini tersebar berita bahawa penyanyi cilik Indonesia iaitu Tegar dikatakan terpaksa mengemis di jalanan semula kerana telah ditipu oleh pengurusnya dari Malaysia.



Bagaimanapun pengurus tersebut menafikan dakwaan itu dan mengatakan perkara itu hanyalah satu rekaan dan mendakwa telah menjaga Tegar dengan baik selama penyanyi itu berada di Malaysia. – Sinar


BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...