Tuesday, August 26, 2014

PENGIKTIRAFAN TERHADAP SPRM

Tanpa terkesan dengan pelbagai tohmahan, SPRM menerima cabaran sebagai salah sebuah agensi yang menerima penarafan NKRA



Wednesday, August 20, 2014

DI BAHUNYA MH 370 DAN MH 17.

Seperti yang selalu diikrarkan, Kerajaan tidak akan membiarkan kaum keluarga, sahabat handai bahkan rakyat seluruh negara berada dalam keadaan bimbang dan sedih seumur hidup. Walaupun mungkin yang pergi tidak akan kembali namun kerajaan tetap komited untuk mencari jawapan dan tentunya jika boleh mengembalikan mangsa MH 370 ke pangkuan keluarga.
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Kerajaan hari ini memutuskan untuk menghantar delegasi ke Canberra, Australia minggu depan untuk membincangkan fasa seterusnya pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata delegasi diketuai Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai itu juga akan membincangkan isu perkongsian kos antara Australia and Malaysia.
“Justeru, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa Kabinet menghargai dan berterima kasih atas sumbangan Australia dalam usaha mencari MH370,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Hishammuddin berkata delegasi Malaysia juga termasuk Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris dan TimbalanMenteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri selaku Pengerusi Jawatankuasa Penempatan Aset bagi MH370.
“Delegasi akan menghadiri mesyuarat tiga pihak antara Malaysia, Australia dan China, dan juga memeterai Memorandum Persefahaman antara Malaysia dan Australia yang telah diluluskan oleh kerajaan kedua-dua negara,” kata beliau.
Sementara itu, Hishammuddin berkata kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) “KD Mutiara” yang sedang dalam pelayaran untuk menyertai operasi mencari MH370 di Australia menghadapi masalah enjin.
“KD Mutiara sekarang dalam pelayaran ke Jakarta, Indonesia untuk menilai sejauh mana kerosakan dan menjalani pembaikan, kami akan mengikuti rapat perkembangan kerja-kerja pembaikan yang dijalankan,” kata beliau.
Hishammuddin berkata kapal TLDM Bunga Mas 6 yang sejak empat bulan lepas berada di kawasan pencarian sejak pencarian di permukaan laut dijalankan, kini dalam pelayaran balik ke Malaysia selepas menyelesaikan misinya.
Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam usaha mencari MH370 walaupun seluruh negara sekarang tertumpu kepada nahas MH17.
“Ketika negara masih berdukacita dan terkejut dengan tragedi MH17, kami ingin memberi jaminan bahawa ingatan kepada penumpang dan keluarga MH370 tidak pernah luput dalam hati kami,” kata beliau.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, berdasarkan analisis data satelit oleh pakar daripada United Kingdom.
Misi pencarian MH370 masih diteruskan tetapi setakat ini tiada petunjuk ditemui berhubung pesawat itu.

Monday, August 18, 2014

DALANG YANG MENEMBAK MH 17 PASTI DIHADAPKAN KE MAHKAMAH !

Kita bukan ada berkelahi dengan orang. Kita tak pernah kacau negara lain. Tak logik kita jadi mangsa jika ada pihak bertelagah sesama mereka. Namun macam kata Menteri Pertahanan kita kena uruskan segalanya dengan hikmah. Peringkat ini menguruskan jenazah, selesaikan urusan membawa balik jenazah.



Hati keluarga mangsa perlu dijaga. Kemudian ini adalah upacara negara. Perancangan harus teliti agar pelaksanaannya tidak mengecewakan sesiapa.





Saturday, August 16, 2014

SANGSI !! KENAPA HISHAMUDDIN BERJUMPA MAT SABU

Dah tentu orang bertanya. Dalam keadaan sekarang kita tak boleh menahan orang daripada bersangka buruk. Adakah perjumpaan ini ada kaitannya dengan Mesyuarat JK PAS 17 Ogos 2014 ?


Thursday, August 14, 2014

INI BETUL BETUL SEKS GILA !!

Pekanbaru: Penahanan sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam pembunuhan membawa penemuan lebih mengejutkan, lapor media semalam.

Suspek, Muhamad Delvi (MD) dan Dita Desmala Sari (DD) dipercayai menculik kanak-kanak untuk diserang secara seksual sebelum dibunuh. 

Jenayah itu dilakukan bagi membolehkan pasangan terbabit mendapat kepuasan seksual sendiri. 

Ketua Polis Bengkalis, Andry Wibowo berkata, siasatan awal menunjukkan MD dan DD akan mengadakan hubungan seks selepas meliwat serta membunuh kanak-kanak terbabit.

“Selepas dibunuh, mayat itu dipotong-potong,” katanya.

Andry berkata, suspek penduduk Perawang di daerah Siak. 

Katanya, suspek memujuk mangsa dengan menjanjikan makanan ringan sebelum dibawa ke tempat sunyi dan dicabul si isteri. 

“Selepas dicabul, dibunuh dan dicincang, Muhamad Delvi dan Dita akan berasmara,” katanya. 

Sementara itu, siasatan lanjut menunjukkan suspek turut dibantu dua individu lain iaitu Supiyan dan Diki Pranata. 

Mereka ditugaskan memotong kemaluan mangsa untuk disimpan, manakala tubuh dipotong dijual ke kedai arak. 

Pengarah Jabatan Jenayah Daerah Riau, Arif Rahman berkata setakat ini mereka disyaki membunuh sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak di tiga daerah berasingan. 

Tuesday, August 12, 2014

WEII MANGKUK ! HANG CAKAP APA NIH !! KAH ! KAH ! KAH !



Aku tak tau nak tergelak ke nak marah. Bodohnya dia ni bercampur dengan sombong. Dia yang tengah huru hara, dia yang tengah nyawa nyawa ikan tiba tiba keluar kenyataan bodoh macam di bawah ni. Nak je aku bertanya, weii!! hang ingat BN terdesak sangat ke nak kan korang?

Kemelut S'gor: PAS tidak akan bersama BN

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dalam krisis Menteri Besar Selangor yang semakin memuncak sekarang, PAS menegaskan ia tidak akan sesekali bersama BN.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata demikian apabila ditanya perkembangan terkini politik Selangor selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memecat enam anggota Exconya daripada kalangan DAP dan PKR, 12 Ogos lalu.

"Situasi selepas pemecatan Exco ini adalah perkembangan sementara dan ia tertakluk kepada perubahan, bergantung keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, 17 Ogos nanti," ujarnya merujuk hanya tinggal empat Exco PAS dalam kerajaan negeri.

Abdul Khalid kini menjadi menteri besar bebas selepas Majlis Pimpinan Pusat PKR memecat keahlian beliau serta-merta pada 9 Ogos lalu.

PAS pada 10 Ogos bagaimanapun telah mengeluarkan arahan agar semua exco kerajaan negeri dari PAS terus berkhidmat di dalam Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata kedudukan PAS yang tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan bersama BN itu adalah berdasarkan tiga faktor utama.

Pertama, PAS masih lagi berpegang teguh dengan keputusan Muktamar Tahunan 2008 yang bersetuju untuk PAS bersama Pakatan Rakyat.

Kedua, ia juga selari dengan pandangan Majlis Syura Ulamak  yang bermesyuarat pada 6 Ogos lalu, yang menegaskan sekali lagi  untuk terus memberi komitmen bersama Pakatan.

Ketiga, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga berulang kali menegaskan, dalam apa jua situasi yang berlaku, PAS tetap bersama Pakatan.

"Oleh itu, saya harapkan semua pihak, terutama rakyat Selangor, khususnya ahli PAS, agar bertenang berdepan berita atau rumours yang tersebar sekarang, serta sabar menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos.

"Insya-Allah semua kemelut ini dapat PAS selesaikan dalam mesyuarat itu nanti. Kita akan memutuskan yang terbaik.

"Saya yakin, PAS tentunya sangat bertanggungjawab untuk pastikan menteri besar baru dapat diganti di kalangan Pakatan Rakyat bagi memastikan amanah dan kepercayaan rakyat dalam PRU13 tidak disia-siakan, sekali gus survival Pakatan di Selangor terpelihara," Salahuddin memberi jaminan.

Mengulas sokongan terbuka Adun BN terhadap khalid seperti dinyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin,  Salahudin menegaskan ianya "tidak memberi apa-apa kesan terhadap kerjasama PAS dalam Pakatan".

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Exco PAS Selangor Sallehen Mukhyi ketika ditanya media pagi ini berkata, tidak timbul soal kerjasama dengan Umno kerana parti itu adalah pembangkang di Selangor.

"Soal (kerjasama) Umno tak timbul. Umno tidak ada dalam kerajaan. Tidak akan jadi. Kalau Umno ada dalam exco, PAS akan keluar.

"Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan, dia pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Monday, August 11, 2014

DAP DAN PKR PERLEKEH TUANKU SULTAN SELANGOR !

KUALA LUMPUR: PKR dan DAP mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim memberi maklumat palsu kepada Sultan Selangor berkaitan sokongan daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam kenyataan bersama berkata:

"UMNO menyatakan secara terbuka bahawa 12 ADUN UMNO menyokong Khalid seperti yang didakwa oleh Menteri Besar itu.

"Jika 12 ADUN UMNO tidak menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada Tuanku Sultan Selangor."

Selain itu, PKR dan DAP mendesak supaya Khalid membuktikan kepada rakyat beliau mendapat sokongan majoriti seperti yang didakwa.

"Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari ADUN PAS dan UMNO," kata mereka.

Mereka berkata, PKR dan DAP mengambil maklum kenyataan Khalid selepas menghadap Sultan Selangor pagi ini bahawa beliau akan kekal menjadi Menteri Besar kerana mempunyai sokongan majoriti daripada kalangan ADUN Selangor. Menurut mereka, PKR dan DAP telah menyatakan secara terbuka bahawa Khalid tidak lagi mendapat sokongan kedua-dua parti ini sebagai Menteri Besar Selangor dan ini bermakna Khalid sudah hilang kepercayaan 28 ADUN iaitu separuh daripada jumlah ADUN di Selangor.

"PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada Khalid sebagai Menteri Besar dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini.

"Oleh yang demikian, kenyataan Khalid kepada pihak Istana bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri itu adalah meragukan.

"Dengan penolakan terbuka PKR dan DAP, itu juga bermakna Khalid hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan daripada 12 ADUN UMNO," kata mereka.

Sementara itu, PKR dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan Pakatan Rakyat terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Ulasan 

Jika benar mereka mengeluarkan kenyataan ini, maknanya mereka cuba menggambarkan bahawa Duli Tuanku boleh ditipu. Mereka juga cuba memberitahu khalayak bahawa Duli Tuanku jenis orang yang tidak berhati hati dalam mengambil tindakan.
Aku mintak supaya pihak berkuasa meneliti perkara ini, m,elakukan siasatan dan mendakwa mereka di bawah Akta Hasutan 1948.

Sunday, August 10, 2014

HABISLAH !! HISHAMMUDDIN DAH BOCORKAN RAHSIA BESAR !!





Akupun sebenarnya heran jugak. Macam mana Datuk Seri Hishammuddin boleh dapat kekuatan luar biasa. Mendepani wartawan yang datang dengan tujuan untuk memalukan, memperlekeh, menghina dan kalau boleh mahu menjatuhkan maruah negara.



Hari ini kita tahu, rupa rupanya beliau mempunyai pergantungan yang amat kuat terhadap ALLAH. Tanpa serban, tanpa cuba memperlihatkan imej alim dan warak, Datuk Seri Hishammuddin menyerah diri secara mutlak kepada Tuhan Rabbuljalil dan ternyata beliau sangat berjaya.



Alhamdulullah...




Friday, August 8, 2014

SAIFUDDIN DAN RAFIZI KENA SEKOLAH !

Baca petikan di bawah...

“For sure SPRM will clear him. You know the words ‘selective investigation’? They will apply that to Khalid,” Saifuddin told Malay Mail Online yesterday, using the Malay initials for the anti-graft body.
Khalid’s preemptive strike also drew criticism from PKR strategist Rafizi Ramli who compared it to the cow-farming “stunt” pulled by Umno’s Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
“If Khalid wants to use SPRM to clear his name, good luck because Shahrizat tried to use SPRM to clear her name too, but most people in Malaysia are convinced that NFC was a scandal and involved corruption,” he said.
“SPRM is a stunt. If he has nothing to hide, show us the settlement now,” the Pandan MP told Malay Mail Online when contacted yesterday.

Baca pula artikel ini...di sini dan di sini..


Kalau aku jadi Saifuddin atau Rafizi, aku malu nak muncul di khalayak ramai ,

"Sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional, SPRM menganggap dakwaan Saifuddin bahawa SPRM melakukan siasatan selektif dan bahawa 'pasti SPRM' akan mengumumkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak ada kes kelak, adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap SPRM. 


"Akta SPRM 2009 dengan jelas memperuntukkan tugas SPRM hanyalah menjalankan siasatan manakala sama ada terdapat merit untuk mendakwa atau sebaliknya, ia merupakan tugas Pendakwa Raya berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh.

"Kenyataan Saifuddin bahawa SPRM mengamalkan siasatan selektif adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali," katanya.


Aku rasa dalam sejarah ada ramai tokoh UMNO telah didakwa berbanding Pakatan. Padahal kalau nak dakwa boleh sangat sebab pemimpin pembangkang semua pakai kereta mewah, bergerak tak berhenti, tidur di hotel. Mana puak ni dapat duit?


Anwar Ibrahim ada ramai pegawai. Pengawal peribadi bersenjata. Pembancuh kopipun ada, segak segak pulak tuh ! hah ! hah ! hah ! Korang korek duit mana hah ?


Aku rasa jawapan SPRM bukan jawapan biasa. Bacalah kenyataan Datuk Shukri, jawapannya jujur, tulus. Aku rasa SPRM anggap Saifuddin dan Rafizi ni bukan saja berniat jahat tapi tak ada ilmu, bodo !


Pada aku bila Dr Khir Toyo dan Datuk Norza Zakaria didakwa saja, aku tau SPRM adalah badan yang benar benar bebas. Matlamat mereka jelas, bebaskan negara daripada gejala rasuah...


Betullah kata Datuk Shukri, yang bermasalah PKR, janganlah kaitkan SPRM.


Thursday, August 7, 2014

TAK KAN CERITA MANCUTPUN NAK MASUK FB ?

Aku doakan agar benda ni palsu. Cerita mancut air mani ke mulut tunang ni menjatuhkan maruahlah tak kira apa alasanpun. Lagi pulak yang buat pendedahan kononnya seorang haji. Aku rasa ini satu lagi kerja RBA.

Wednesday, August 6, 2014

PENGURUSAN JENAZAH MH 17 BERMULA .

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan. Diharapkan agar kaum keluarga bersabar menghadapi ujian ini.
e
alt


KUALA LUMPUR 6  Ogos - Jenazah warganegara Malaysia yang terlibat dalam insiden tembak jatuh pesawat MH17 di sempadan Rusia-Ukraine akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Koordinasi yang akan ditubuhkan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jawatankuasa tersebut berperanan untuk menyambut jenazah-jenazah yang akan diterbangkan dari Belanda.

"Jawatankuasa Koordinasi ini akan dinaungi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan dianggotai oleh 10 Menteri yang berkenaan.

"Manakala saya selaku Menteri Pertahanan dipertanggungjawabkan mengkoordinasi Jawatnkuasa Koordinasi tersebut," katanya menerusi kenyataan kepada media hari ini.

Jelas Hishammuddin, mesyuarat pertama jawatankuasa itu akan dipengerusikan beliau sendiri esok diikuti dua lagi mesyuarat bersama pegawai kanan kementerian dan agensi berkaitan pada satu masa yang akan ditetapkan kemudian. 

"Meyuarat Koordinasi esok akan membincangkan secara terperinci persediaan upacara menyambut dan menerima jenazah tersebut selain taklimat dan penerangan lanjut berkaitan tugas dan tanggungjawab setiap agensi kementerian dan agensi yang terlibat.

"Satu sidang media khas akan diadakan selepas mesyuarat tersebut," katanya lagi.

Tuesday, August 5, 2014

Friday, August 1, 2014

GAMBAR- PROMOTER JELITA MALAYSIA !



Motor
Motor


Mereka semua sedar, mereka adalah alat. Yang tak sedar diri,  di bawah nih !

Mangsa perasan

Mangsa perasan..


BACA INI JUGA !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...